ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pindah ke Al-Hilal – Neymar Jr minta lapan kereta mewah, tiga sauna dan jet peribadi

Berita Tempatan

Views

Permintaan lumayan Neymar Jr untuk berpindah ke Arab Saudi didedahkan. Bintang Brazil itu melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal dengan kontrak dua tahun yang akan menyaksikannya meraih gaji mega £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu.

Neymar, 32, tidak syak lagi antara bintang terbesar untuk berpindah ke Arab Saudi pada musim panas kali ini di samping Karim Benzema.

Bagaimanapun, dia tidak didapati dengan harga murah ketika Al-Hilal membayar majikan terdahulunya Paris Saint-Germain sebanyak £78 juta (RM459.4 juta), selain memberikannya gaji yang lumayan.

Bekas bintang Barcelona itu difahamkan meminta pemilik Al-Hilal tiga kereta mewah untuk dirinya sendiri dan buat ahli keluarga serta pengiringnya empat Mercedes G Wagon dan satu van Mercedes dengan seorang pemandu.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Neymar juga dilaporkan meminta pemandu itu supaya bersedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirinya, rakan-rakan dan ahli keluarga.

Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan, yang jika digabung bernilai kira-kira £510,000 (RM3 juta).

Di rumah, Neymar meminta peti aisnya dipenuhi sepanjang masa dengan minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.

Dia turut meminta tiga sauna dibina di rumahnya selain lima pekerja sepenuh masa, termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta dua orang bagi kerja pembersihan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sumber memberitahu, Neymar meminta semua kos penginapannya di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.

Didedahkan juga terma peribadinya bersama kelab itu termasuk menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.

Dia juga mahukan kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurang-kurangnya 10 meter lebar dan 40 meter panjang.

Manakala rumah itu perlu minimum 25 bilik jadi rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersamanya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Alhilal_FC

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply