ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pelumba berbakat Jepun, Haruki Noguchi meninggal dunia

Sukan Permotoran

Views

Akaun Facebook rasmi Asia Road Racing Championship menerusi satu hantaran dengan rasa dukacitanya memaklumkan, pelumba berbakat dari Jepun, Haruki Noguchi, telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas tiga hari menjalani rawatan rapi di Hospital Awam Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Beliau terlibat dengan kemalangan pada Pusingan 4 Kejohanan FIM Asia Road Racing (ARRC) 2023 yang diadakan di Litar Antarabangsa Pertamina Mandalika.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pelumba berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan parah berikutan insiden di Selekoh 10 dalam kategori perlumbaan Asia Superbike 1000cc.

Haruki terus menerima rawatan perubatan di Pusat Perubatan litar sebelum dipindahkan ke hospital tempatan. Meskipun kakitangan perubatan telah melakukan segala usaha yang terbaik, Haruki akhirnya disahkan meninggal dunia akibat kecederaannya pada 16 Ogos 2023, jam 5.40 petang.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Haruki adalah seorang pelumba muda Jepun yang berbakat dan pernah memenangi kategori Superstock 600 dalam siri perlumbaan All Japan Road Racing Championships pada 2021.

Beliau menduduki tempat kedua keseluruhan dalam kategori Superbike 1000cc ARRC tahun lalu dan pada tahun ini, beliau bejaya menaiki podium pada perlumbaan Suzuka 8 Hour bersama pasukan SDG Racing.

Salam takziah kami ucapkan buat seluruh ahli keluarga mendiang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Haruki Noguchi dan Asia Road Racing Championship

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply