Orang ramai perlu mendapatkan surat kebenaran pergerakan baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membabitkan tujuh daerah di negeri Kelantan yang berkuatkuasa, hari ini. Menurut Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata jika masih menggunakan surat kebenaran untuk pergerakan sebelum ini, pihaknya bimbang ia disalah guna.
Katanya, jika surat itu masih sah, pihaknya menasihatkan agar mereka mendapatkan yang baharu kerana selain sudah lusuh, ia juga berbentuk salinan dan bukannya asal, selain khuatir akan ada yang mengambil kesempatan. Tambahnya, mungkin mereka akan gunapakai borang lama kerana seperti mana yang pihaknya maklum, kalau pergerakan untuk perniagaan, ia dibenarkan sebab untuk menjana ekonomi.
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
Beliau berkata, jika ada yang masih berdegil (dapatkan surat kebenaran baharu), tindakan kompaun akan diambil. Beliau berkata, sekatan sempena PKP kali ini akan diperketatkan selaras dengan saranan pengurusan tertinggi yang hanya membenarkan kes tertentu sahaja dibenarkan membuat pergerakan rentas daerah atau negeri.
Katanya lagi, ia bagi mengelakkan berlakunya pemalsuan dokumen atau sebagainya dan diharapkan orang ramai dapat mematuhi syarat yang dikenakan. Sebab itu pemeriksaan di sekatan jalan raya kali ini diperketatkan dan beliau berharap orang ramai tidak merungut jalan raya sesak kerana memang tugas mereka menyekat kenderaan yang tidak ikut peraturan.
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
Terdahulu, beliau membuat pemantauan pada hari pertama pelaksanaan PKP di samping mengambil kesempatan bersahur bersama petugas barisan hadapan di sekatan jalan raya berkenaan.
Mengulas perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, mukim Wakaf Bharu, Tumpat yang bermula hari ini sehingga 29 April, Shafien berkata, seramai 30 anggota polis dengan dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditugaskan di lokasi itu.
Beliau berkata, sebelum diisytiharkan PKPD lagi pihaknya sudah menjalankan sekatan agar tiada pergerakan keluar masuk di sekolah terbabit. Katanya lagi, kawasan itu agak mudah dikawal kerana sekelilingnya memang berpagar dan seramai 15 anggota penguatkuasa ditugaskan setiap syif dalam tempoh 24 jam.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Majlis Keselamatan Negara
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
KOMEN TERKINI