ARKIB

KATEGORI

Buletin

PKP : Pusingan pertama Toyota Vios Challenge musim keempat terpaksa ditunda

Sukan Permotoran

Views

Menerusi satu kenyatan media hari ini, dukacita juga dimaklumkan bahawa pusingan pertama Toyota Vios Challenge musim keempat yang dijadualkan berlangsung pada 28-30 Januari 2021 di Litar Antarabangsa Sepang, terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang telah dilanjutkan hingga 4 Februari 2021.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

UMW Toyota Motor (M) Sdn Bhd (UMWT) turut memaklumkan tarikh baharu bagi pusingan pertama itu masih belum dapat ditentukan buat masa ini. Bagaimanapun, mereka sentiasa berhubung rapat dengan Kerajaan dan pihak berkuasa berkaitan dalam memantau perkembangan pemulihan daripada peningkatan kes harian yang berlaku ketika ini. UMWT juga berharap dapat memulakan musim perlumbaan terbaru ini secepat mungkin.

Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor (M) Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama berkata, perlumbaan tersebut perlu dan akan diteruskan, tetapi tidak sehingga kita bersama-sama berhasil membendung ancaman COVID-19 agar keselamatan semua orang termasuk pelumba, ahli pasukan, pegawai bertugas, penonton serta semua pihak berkepentingan yang lain terjamin.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Selepas kejayaan tiga musim perlumbaan, Musim 4 menjanjikan aksi dan penganjuran yang lebih menarik dengan pengenalan tiga siri perlumbaan berasingan (Toyota Vios Challenge, Gazoo Racing Vios Sprint dan Gazoo Racing Enduro Cup) dengan keseluruhannya melibatkan 11 perlumbaan.

Peningkatan penyertaan oleh pelumba muda dalam siri ini sepanjang tiga musim lalu juga telah mendorong syarikat untuk memperkenalkan Gazoo Racing School serta pengenalan Rookie Class di dalam Toyota Vios Challenge bagi pemandu berumur 14 hingga 20 tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply