ARKIB

KATEGORI

Buletin

Inilah kereta kebal utama paling mahal di dunia! K2 Black Panther buatan Korea Selatan

Berita Global

Views

Tahukah anda? Guinness World Records telah mengiktiraf kereta kebal utama K2 Black Panther buatan Korea Selatan sebagai kereta kebal utama yang paling mahal di dunia! Dengan harga yang dianggarkan bernilai US$8.5 juta (RM34 juta) sebuah, ia bukan sahaja mahal kerana ia adalah antara kereta kebal utama andalan di pasaran pada ketika ini.

Menurut portal Defence Security Asia, K2 Black Panther telah dibangunkan oleh syarikat Hyundai ROTEM dan Agency for Defense Development. Kenderaan ini adalah seberat 55 tan hingga 61 tan dan bakal memperkasakan angkatan kereta kebal Korea Selatan yang kini hanya bergantung pada kereta kebal K1 dan K1A1 dalam menangani ancaman ‘jiran tetangganya’ di Korea Utara.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Menurut laporan media, K2 Black Panther dilengkapi dengan meriam Rheinmetall 120 mm L55 smoothbore gun. Ia mula memasuki perkhidmatan tentera Korea Selatan pada 2016 apabila 100 unit kereta kebal diserahkan kepada tentera negara ini dengan jangkaan sehingga 300 buah K2 Black Panther akan berkhidmat dengan tentera Korea Selatan.

Meriam 120mm Rheinmetall telah dihasilkan sendiri oleh Korea Selatan setelah mendapat hak pelesenan daripada firma Jerman itu. Meriamnya juga mampu melancarkan peluru berpandu anti kereta kebal, KSTAM-II yang boleh membedil sasaran sejauh 5 batu.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Enjin K2 Black Panther mampu menjana sehingga 1,500 kuasa kuda dah telah dibangunkan oleh firma pembuat enjin terkenal di Jerman, iaitu MTU. Kereta kebal ini lebih ringan berbanding kereta kebal Abrams buatan Amerika Syarikat yang turut menggunakan enjin 1,500 kuasa kuda, tetapi kereta kebal buatan Korea Selatan ini lebih berkuasa daripada segi nisbah kuasa-ke-berat.

Dari segi armor pula, ia menggunakan armor jenis modular komposit dengan komposisinya dirahsiakan serta blok-blok Explosive Reactive Armor (ERA). Pemerhati pertahanan berkata, tahap pelindungannya adalah setanding dengan kereta kebal MIA2 Abrams tentera Amerika Syarikat.

Black Panther menggunakan sistem autoloader dengan maksimum kadar tembakannya adalah 15 tembakan seminit dan jarak maksimum tembakan daripada meriamnya adalah sejauh 10km dibantu dengan sistem kawalan tembakan yang canggih. Selain sistem suspensi yang canggih, kereta kebal K2 Black Panther juga tidak menghadapi masalah untuk mengharungi sungai atau tasik dengan kedalaman 4.2 meter.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply