Seperti yang kita semua sedia maklum, beberapa lagi negi di Semenanjung Malaysia menjadi ‘calon’ baharu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi.
Mungkin warga Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu ‘terkesima’ dengan pelaksanaan perintah tersebut yang akan berlangsung selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember 2020 bagi melandaikan kembali keluk graf jangkitan pandemik COVID-19.
Hanya warga Pahang, Kelantan dan Perlis yang masih mampu menarik nafas lega buat masa ini. Menurut Astro AWANI, ini adalah prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi oleh rakyat yang berada di negeri yang terlibat tadi.
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB):
- Pergerakan keluar masuk/merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada PDRM.
- Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
- Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan. Individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.
- Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.
- Aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.
- Semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan.
- Pusat-pusat hiburan dan kelab malam tidak dibenarkan.
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
- Semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.
- Restoran/kedai makan secara dine-in dihadkan 2-4 orang satu meja dengan SOP premis makanan yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, pembelian makanan digalakkan secara bungkus/penghantaran/pandu lalu.
- Pasar harian dibuka jam 6.00 pagi – 2.00 petang, Pasar Borong 4.00 pagi – 2.00 petang, Pasar Tani 6.00 pagi – 12.00 tengah hari.
- Operasi pasar malam adalah bermula 4.00 petang sehingga 10.00 malam dengan pematuhan SOP yang ketat dan dengan pengawasan anggota RELA.
- Operasi stesen minyak bermula daripada 6.00 pagi hingga 10.00 malam (kecuali di lebuh raya dibenarkan beroperasi 24 jam).
- Pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspres, LRT, teksi/ seru pandu (e-hailing) (maksimum dua penumpang) dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
- Kenderaan bawa pekerja boleh bawa penumpang seperti ditetapkan sebelum ini.
- Sektor perikanan, perladangan, pertanian, penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan dibenarkan beroperasi.
- Waktu operasi klinik, hospital kerajaan dan swasta dibenarkan 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan mulai 8.00 pagi sehingga 11.00 malam.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Majlis Keselamatan Negara
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50
KOMEN TERKINI