ARKIB

KATEGORI

Buletin

PLUS dan Touch ‘n Go perlu selesaikan isu RFID dengan segera – Fadillah Yusof

Berita Tempatan

Views

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu pengurusan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group supaya menyelesaikan semua isu yang timbul berkaitan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) dengan segera.

Menurut Utusan Online, beliau berkata, Kementerian Kerja Raya sudah memanggil PLUS dan Touch ‘n Go bagi memastikan supaya semua isu berhubung kait dengan pelaksanaan RFID dapat diselesaikan secepat mungkin.

Ujarnya, untuk makluman semua, ini hanya merupakan projek rintis, maka hanya satu daripada lorong tol dipasang RFID dan yang lain masih ada SmartTag dan Touch ‘n Go.

Walaupun transaksi tol RFID telah beroperasi, pengguna masih mempunyai pilihan untuk menggunakan lorong transaksi melalui kad Touch N Go dan juga lorong Smart Tag.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tambah beliau, di peringkat kementerian pihaknya akan terus memantau dan memastikan pihak PLUS dan Touch ‘n Go menyelesaikan apa sahaja isu yang berhubung kait dengan penggunaan Lorong RFID itu.

Terdahulu, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID adalah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi PLUS, dengan RFID dibekalkan oleh syarikat Touch N Go.

Ia merupakan projek rintis dengan sebelum ini RFID untuk kawasan dalam bandar sudah pun dilaksanakan, manakala mula dilaksanakan PLUS di peringkat Lebuhraya Utara-Selatan.

Menurut Fadillah, bukan sahaja RFID, malah permasalahan yang berkemungkinan timbul berhubung Smart Tag dan sebagainya perlu diselesaikan supaya apa juga aduan daripada orang ramai diambil serius.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Katanya, pihak terbabit perlu menyelesaikan segera semua permasalahan supaya ia tidak menyusahkan, malah memberi kemudahan dan kesenangan kepada pengguna jalan raya terutama untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas atau kesesakan di pondok tol di seluruh negara.

Tambahnya lagi, mengenai aduan dan rungutan orang ramai membabit RFID, kementeriannya telah meminta pihak Touch NGo dan PLUS supaya memberi penjelasan kepada orang ramai dan mencari penyelesaian terbaik terhadap apa juga isu berbangkit.

Untuk rekod projek rintis RFID bagi sistem tertutup di Lebuhraya Utara-Selatan PLUS telah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampong – Sungai Dua bermula 22 Julai 2020 sehingga 30 Oktober 2021.

Manakala, pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan bermula pukul 10 malam pada 15 Januari lepas.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply