ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vellfire dinaiki Dollah Salleh terbabas ke gaung, semua penumpang selamat

Berita Tempatan

Views

Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan jenis Toyota Vellfire yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke gaung di laluan Juasseh-Kapitan, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Harian Metro, kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu menyebabkan jurulatih berusia 57 tahun itu cedera ringan sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Pilah untuk rawatan lanjut.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Situasi sama turut melanda isteri dan anaknya apabila turut dimaklumkan mengalami kecederaan ringan kesan daripada kemalangan terbabit.

Sementara itu, gambar dan keadaan bekas pengendali Harimau Malaya itu terbabit dengan kemalangan tular di media sosial.

Menerusi gambar terbabit kelihatan Dollah dan ahli keluarga dalam keadaan selamat sebelum mereka dibawa ke hospital menggunakan ambulan.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Malah, tindakan pantas orang ramai termasuk penduduk kampung berhampiran menghulurkan bantuan awal menyelamatkan mereka daripada sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kemungkinan Dollah dan keluarga dalam perjalanan pulang ke Kuantan, Pahang, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Sementara itu, Arena Metro ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah mengesahkan ada menerima laporan berkaitan kemalangan terbabit namun tiada mangsa yang tersepit manakala mereka sudah pun dibawa ke hospital.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply