ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pokok tumbang hempap beberapa kenderaan, enam termasuk seorang bayi cedera

Berita Tempatan

Views

Enam mangsa termasuk seorang bayi berusia dua tahun cedera selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras petang tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, kesemua mangsa terdiri daripada dua warga emas, dua dewasa, seorang kanak-kanak dan seorang bayi dikejarkan ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Menurut Komander Operasi, Mazuri Mat Zain, sebanyak 18 anggota dan empat jentera daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan Bandar Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.07 petang itu.

Kata beliau, pihaknya tiba sekitar 11 minit kemudian dan mendapati terdapat tiga kereta dan sebuah motosikal yang melalui Jalan Mahkota berhadapan sebuah bank dihempap pokok tumbang.

Kejadian pokok tumbang didapati berlaku disebabkan hujan lebat dan angin kencang. Hasil pemeriksaan, tiga kenderaan yang dihempap pokok itu adalah Perodua Myvi, BMWNissan Almera dan sebuah motosikal Honda RS150.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Empat daripada mangsa terdiri melibatkan satu keluarga menaiki Perodua Myvi dan kesemua mereka mengalami trauma serta kecederaan kecil.

Sementara itu, dua lagi mangsa merupakan penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan kaki dan luka. Bomba kemudiannya memotong dan mengalihkan pokok tersebut bagi membuka laluan yang terhalang.

Operasi turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mo Syazmi

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply