ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda e:N2 Concept – Gambaran SUV elektrik masa depan untuk pasaran China

Berita Global

Views

Bukan hanya Toyota, Honda kini dilihat semakin rancak memperkenalkan barisan kenderaan elektrifikasinya di China.

Pada tahun lalu, mereka memperkenalkan beberapa model konsep dikenali e:N Concept yang memberi gambaran masa depan EV Honda untuk negara republik tersebut.

Honda telah mula menjual dua SUV elektriknya, e:NS1 dan e:NP1 sejak awal tahun ini. Kini, pengeluar dari Jepun itu memperkenalkan pula e:N2 Concept.

Model konsep itu dikatakan bakal menjadi model terbaharu dari Siri e:N yang akan dijual secara eksklusif untuk pasaran  China menerusi usaha sama Dongfeng Honda dan GAC Honda.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kereta konsep itu mula dipertontonkan kepada umum di Ekspo Import Antarabangsa China Kelima di Shanghai.

Dari segi penggayaan, e:N2 Concept mengambil beberapa elemen reka bentuk daripada model e:N GT Concept, yang merupakan salah satu daripada lima EV khusus untuk pasaran China sahaja pada tahun lalu.

Ia menampilkan bentuk yang padu, diterjemahkan menerusi permainan garisan tepat dan unsur pencahayaan futuristik dengan kemasan cat luaran metalik gelap. Info dari China mengatakan, model konsep terbaharu ini merupakan sebuah SUV.

Imej ruang dalamannya tidak dipaparkan lagi buat masa ini, namun Honda berkata ia akan tampil dengan gaya kokpit digital yang ringkas dan tidak berserabut.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Selain itu, ruang kabinnya akan hadir dengan pencahayaan dan juga bauan. e:N2 Concept dibina dari pelantar e:N Architecture F yang dibangunkan secara eksklusif untuk model dari Siri e:N.

Menurut Honda, model ini direka untuk memberikan keseronokan pemanduan yang unik, kestabilan kenderaan yang luar biasa, dan pengendalian yang jitu.

Honda merancang untuk melancarkan 10 model Siri e:N di China menjelang 2027, yang dihasilkan di kilang pengeluaran EV khusus.

Kesemua model Honda di China selepas 2030 hanya akan ditawarkan sama ada hibrid atau EV penuh dan menjelang 2040, kesemuanya adalah EV sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply