ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis cari pemandu Alza pandu lawan arus

Berita Tempatan

Views

Polis kini sedang mengesan dan mengenal pasti pemandu sebuah Perodua Alza berwarna merah yang dipandu secara berlawanan arus di Lebuhraya Utara-Selatan selepas satu rakaman video mengenainya tular di media sosial sejak petang semalam.

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, berdasarkan rakaman video berdurasi 36 saat itu, kejadian tersebut berlaku di sekitar kawasan hentian rehat Senawang di Kilometer (KM) 248 (U) menuju ke arah KM 240 (U) Lebuhraya Utara-Selatan.

JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

Jelas beliau, kereta ini dipandu di lorong kecemasan secara melawan arus seterusnya memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi lalu dipandu ke arah selatan. Tambahnya, hasil siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan seorang wanita berumur 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor. Bagaimanapun, katanya, status pemandu yang memandu kenderaan tersebut masih belum dapat dipastikan.

Sehingga kini, pihak polis giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kenderaan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. Orang ramai boleh menyalurkan sebarang maklumat berkaitan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seremban, Inspektor Syaifullah di talian 019-6327732.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…
JOM BACA >> MESTI BACA : Ini empat ‘rencah rahsia’ yang membuatkan Proton X50 ‘lebih sedap’ untuk dipandu!
JOM BACA >> Geely bongkar rahsia enjin 1.5TD pada model Proton X50

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply