ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis pantau modifikasi Ysuku

Berita Tempatan

Views

Awas pemilik motosikal Yamaha Y15ZR (Ysuku) yang dah buat modifikasi! Anda kini sedang dipantau oleh pihak polis sekiranya motosikal itu diubah suai secara keterlaluan hingga melanggar garis panduan yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menurut Berita Harian, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan /Kawalan Lalu lintas / Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, trend tersebut semakin menjadi-jadi terutamanya dalam kalangan belia dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya.

JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Sebagai contoh, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 km/j, jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, kerana ia melanggar undang-undang jalan raya.

Pihak polis juga bimbang motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baharu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut. Tambahnya dalam hal ini, penunggang bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna kenderaan yang lain. Pihak polis akan memantau kes pengubahsuaian ini selain akan mengadakan operasi sekatan jalan bersama JPJ dari semasa ke semasa untuk mengesan kesalahan pengguna motosikal terbabit.

JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Op Khas Kenderaan Perdagangan, di Plaza Tol Duta di sini semalam. Mengulas operasi khas itu, Mohd Nadzri berkata sebanyak 1,384 saman dikeluarkan terhadap pemandu kenderaan perdagangan dalam operasi selama enam hari berakhir malam tadi.

Seramai 18 pemandu kenderaan perdagangan (bas dan lori) berusia antara 30 hingga 40 tahun ditahan kerana positif dadah. Polis tidak akan bertolak ansur terhadap isu berkenaan dan pihak pengusaha serta pemilik syarikat disarankan agar kerap melakukan pemeriksaan ke atas pemandu mereka supaya kes itu tidak berulang, jika tidak tindakan tegas akan diambil.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua Bezza facelift versi Theophilus Chin
JOM BACA >> INTIP : Perodua sedang menguji sesuatu pada Daihatsu Tanto ini – Bukan model pengganti Kenari
JOM BACA >> Proton Saga Aeroback dijelmakan kembali secara digital
JOM BACA >> PANAS : Foto Perodua Axia 2019 varian STYLE bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply