ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Samseng Jalanan: 13 motosikal disita, 149 saman dikeluarkan

Berita Tempatan

Views

Polis menyita 13 motosikal dan menahan seorang lelaki dalam Operasi Samseng Jalanan di Plaza Tol Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, operasi bermula 11 malam dan tamat tiga jam kemudian itu dijalankan ekoran aduan kegiatan merempit dalam kalangan remaja yang mengganggu ketenteraman awam di lebuh raya berkenaan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Dalam operasi itu, sebanyak 13 motosikal telah disita dan pihak polis turut mengeluarkan 149 keping saman kerana pelbagai kesalahan trafik kepada penunggang motosikal.

Pihak polis turut menahan seorang lelaki berumur 20-an di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana melakukan aksi yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya.

Cheng San berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu dan operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan terbabit.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan pihaknya menyita sembilan motosikal dalam Op Khas Motosikal di Plaza Tol Kubang Semang, di Bukit Mertajam bermula 4 petang hingga 6.30 petang Sabtu.

Dalam operasi itu, JPJ turut mengeluarkan 124 saman kerana pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran.

Tujuan penguatkuasaan ini ialah memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap kelakuan pengendali atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah APJ 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit IPD SEBERANG PERAI TENGAH

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply