ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis siasat video tular Perodua Kancil pandu lawan arus di Gombak

Tular

Views

Polis sedang menyiasat video tular memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang memandu lawan arus di Batu 6, Jalan Gombak menghala Greenwood, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular yang berdurasi 24 saat itu kira-kira pukul 3 petang.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Walau bagaimanapun, ujarnya, Perodua Kancil berwarna merah itu tidak dapat dikenal pasti nombor pendaftarannya.

Hasil siasatan awal mendapati pemilik akaun media sosial tersebut merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 20 tahun.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Lelaki itu memuat turun video tersebut daripada akaun media sosial pengguna lain dan penama memuat naik semula video tersebut menggunakan akuan media sosialnya. Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 48 (1) APJ 1987.

Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd. Nor di talian 017-6645812 atau 03-61262222. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply