Seorang penternak cemas apabila seekor lembu ditempah pelanggannya untuk ibadah korban tiba-tiba bertindak melarikan diri di Kampung Limbong, Paka di Dungun semalam.
Lembu tersebut melarikan diri sebaik tiba di pekarangan rumah individu yang mahu mengorbankannya pada pukul 1.30 tengah hari.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Menceritakan detik cemas itu, Zairadi Mohamad, 48, berkata, lembu itu tiba-tiba merentap tali sewaktu mahu diturunkan dari lori.
Katanya, sewaktu hendak menurunkan lembu itu dari lori, belum sempat dia mengikat tali pada sebatang pokok, tiba-tiba haiwan tersebut merentap menyebabkan talinya terlucut.
Haiwan yang dianggarkan seberat 70 kilogram tersebut bertindak terjun dari lori untuk melarikan diri. Mereka berusaha untuk mengejarnya namun gagal.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Zairadi berkata, dia kemudian membuat hebahan mencari lembu hilang itu di aplikasi WhatsApp dan Facebook.
Dia yang menetap di Rasau dimaklumkan haiwan tersebut dilihat berada di sekitar Kampung Bukit Merah, iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasinya melarikan diri.
Katanya lagi, etakat ini, usaha mencari lembu tersebut masih giat dilakukan. Mujurlah pelanggannya itu akan menjalani ibadah korban pada hari raya (haji) kedua. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI