ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis trafik ‘terajang’ penunggang motosikal diarah bertugas di pejabat hingga siasatan selesai

Berita Tempatan

Views

Susulan dari insiden yang tular baru-baru ini, Harian Metro melaporkan, anggota polis trafik yang menendang seorang penunggang motosikal sehingga terjatuh di Sibu kini diarahkan bertugas di pejabat sementara siasatan dijalankan ke atasnya.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail, siasatan dijalankan ke atas anggota itu membabitkan pelanggaran tatatertib. Jelas beliau, sekiranya terbukti anggota trafik itu bertindak di luar batasan peraturan, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadapnya.

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak memandang serius kejadian ini. Menurut Aidi, setakat ini, penunggang motosikal itu juga tidak membuat laporan polis berkaitan kejadian. Anggota cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu itu disiasat susulan video tular yang menunjukkan dia menendang seorang penunggang motosikal sehingga terjatuh.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Kejadian berlaku pada Op Motosikal di Jalan Temple, Sibu jam 12.15 tengah hari, 25 Ogos lalu. Kejadian dirakam oleh orang awam sebelum ditularkan. Rakaman menunjukkan seorang anggota trafik menendang penunggang motosikal yang membuat pusingan ‘u’ secara tiba-tiba.

Aidi berkata, hasil pemeriksaan mendapati, penunggang terbabit tidak mempunyai lesen memandu selain cukai jalan motosikal sudah tamat tempoh. Penunggang motosikal itu juga akan disaman kerana menunggang secara melawan arus selain mengubah suai ekzos.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply