ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Generasi baharu Honda Civic dengan ‘pelitup berceloreng’ mula jalani ujian di Thailand

Foto Intip

Views

Honda semakin rancak membangunkan model generasi baharu dan kini tiba giliran Civic ‘turun’ buat kali pertama di bumi Thailand. Kelibat generasi baharu Civic dibaluti ‘pelitup berceloreng’ seluruh badan telah berjaya dikesan oleh warganet di negara tersebut.

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Di negara kita, sedan segmen-C itu kini berada pada pertengahan kitaran hayatnya (facelift) dan telah pun dilancarkan awal tahun ini. Model itu juga kini mula berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai kereta peronda (MPV) generasi baharu.

Berbalik kepada foto intip generasi baharu Civic, model tersebut dikhabarkan bakal menjengah pasaran Amerika Syarikat tahun depan. Tiada sebarang maklumat mengenai model tersebut diperolehi buat masa ini dan jika dilihat pada foto intip yang ada, besar kemungkinan akan ada perubahan drastik pada reka bentuk bahagian belakangnya.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Mungkin tiada lagi lampu berbentuk sepit “Encik Crab (ketam)” kerana lampu baharunya kini nampak lebih nipis dan memanjang. Punggungnya kini nampak lebih seimbang dengan bentuk badan secara keseluruhan dan dari depan ia mirip dengan ‘adik-beradiknya yang lain’ seperti City dan Accord generasi baharu.

Kami difahamkan generasi baharu Civic akan mula dikeluarkan secara pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia pada suku ketiga tahun hadapan dan bakal dilancarkan setelah fasa pengeluaran massa bermula. Nantikan perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply