ARKIB

KATEGORI

Buletin

Iklan acah Hyundai Kona mula disiar – Boleh daftar minat serta membuat tempahan awal dengan hanya RM288!

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook rasmi Hyundai Malaysia telah mula menyiarkan beberapa siri iklan acah (teaser) model SUV kompak Kona sejak beberapa hari lalu. Semalam laman tersebut memuatnaik foto bahagian dalaman Kona dengan kapsyen, “Sekilas pandang, rekaan dalaman model “akan datang”.  Anda Pandu. Anda Tentukannya.”

Ia memberi gambaran yang model tersebut hanya menanti detik pelancaran dan laman sesawang Hyundai Malaysia juga telah mula membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftarkan minat dan membuat tempahan awal dengan bayaran serendah RM288!

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!

Harga model ini masih lagi dirahsiakan, namun Hyundai Malaysia memberi sedikit petunjuk dengan harga yang bermula dari RM 11X,XXX. Untuk membuat tempahan, anda boleh ikuti 4 langkah berikut dan akan turut menikmati pakej pengenalan istimewa dan jemputan eksklusif ke majlis pelancaran Kona dari Hyundai Malaysia.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Kona akan dipasang secara tempatan (CKD) di Kulim, Kedah dan ia dikuasakan oleh enjin Gamma 1.6L T-GDi yang mampu menghasilkan 175 kuasa kuda dengan 265Nm daya kilas yang digandingkan dengan transmisi DwiCekam (DCT) 7-kelajuan.

Dua pilihan varian Kona bakal ditawarkan iaitu, Standard dan Premium. Baru-baru ini kelibat dua unit Kona berjaya dikesan sekitar Oasis Ara Damasara. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply