ARKIB

KATEGORI

Buletin

Polis tumpaskan ‘geng curi ekzos’

Berita Tempatan

Views

K! ONLINE melaporkan sindiket curi ekzos kereta terbiar di tempat letak kenderaan bawah tanah dan bangunan kediaman sekitar Lembah Klang tumpas dalam satu serbuan pada 6 Oktober lalu.

Tangkapan terhadap dua lelaki berusia 36 dan 43 tahun itu dibuat selepas pihak polis menerima satu aduan daripada pengawal keselamatan sebuah bangunan kediaman di Puchong berhubung kegiatan dua suspek mencuri komponen daripada kereta terbiar di kawasan tersebut.

Bertindak atas maklumat polis menahan dua lelaki berkenaan di sebuah hotel di Jalan Imbi, Kuala Lumpur sebelum membawa kepada penangkapan seorang lagi suspek yang juga pembeli utama barang curi itu di kawasan tepi jalan SS2, Petaling Jaya.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah, hasil siasatan terhadap suspek ketiga berusia 54 tahun itu mendapati setiap satu ekzos yang dicuri suspek akan dibeli dengan harga lingkungan RM350 hingga RM650 mengikut jenis kenderaan. Katanya, suspek akan menjual ekzos tersebut kepada sebuah syarikat yang dipercayai pembekal barang kemas dengan kadar RM1,500 setiap satu.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati di dalam tabung ekzos itu mempunyai tiga bahan iaitu paladium, rodium, platinum yang akan dicampur dengan bahan kimia tertentu bagi menghasilkan emas putih. Siasatan lanjut juga mendapati, suspek utama ini aktif membeli ekzos curi daripada suspek sekitar Lembah Klang sejak tahun 2018.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Menurutnya lagi, pihak polis berjaya merampas 15 buah tabung ekzos yang disimpan suspek di kawasan semak di Petaling Jaya. Katanya, siasatan juga mendapati kereta jenis KIA dan Hyundai menjadi sasaran utama suspek-suspek yang terlibat dalam kegiatan curi komponen kenderaan sebelum dijual kepada suspek utama itu.

Selain itu, kereta tahun 2010 turut menjadi sasaran kerana lebih lama sesebuah kenderaan itu banyak bahan untuk menghasilkan emas putih. Tambah Razali, ketiga-tiga suspek direman mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) dan beliau meminta orang ramai khususnya yang kehilangan ekzos tampil membuat laporan bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit K! ONLINE

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply