ARKIB

KATEGORI

Buletin

JDT dapat tajaan pengeluar kenderaan elektrik SWAG

Berita Tempatan

Views

Di kala pasukan-pasukan lain yang bersaing dalam Liga Malaysia masih tercari-cari logo dan identiti penswastaan kelab masing-masing, juara 7 kali Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) melangkah lebih jauh lagi dengan mengumumkan tajaan dari pengeluar kenderaan elektrik, SWAG.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Berita tersebut telah diumumkan menerusi laman Facebook rasmi mereka, JOHOR Southern Tigers (JST) petang tadi. Dalam kenyataan media ringkas itu, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim dan pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG telah menjalin satu perjanjian penajaan menjelang kempen 2021.

SWAG adalah sebahagian daripada tambahan senarai usahasama bertaraf antarabangsa di JDT seperti pengeluar barangan sukan Nike dan jam tangan mewah Hublot. Tambah JST, Ada dua lagi penajaan antarabangsa yang bakal diumumkan pada masa yang terdekat.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Menurut carian kami, SWAG merupakan syarikat pengeluar kenderaan elektrik dari Thailand yang mengeluarkan skuter elektrik. Jenama tersebut kini memiliki dua model skuter elektrik Type-X dan Type-S. Model Type-X menampilkan reka bentuk yang moden serta sporty, manakala Type S pula tampil dengan gaya ranggi inspirasi retro moden.

Skuter ini menggunakan teknologi motor elektrik yang dibekalkan oleh Bosch, manakala bateri lithium ionnya pula dari Samsung. Kami berpendapat, SWAG menggunakan populariti JDT untuk mula bertapak di Malaysia. Mereka juga telah memasarkan skuter-skuter ini ke Singapura.

Sempoi skuter elektrik SWAG ni beb! Mesti TMJ yang akan tunggang uji dulu nanti kan?

KLIK UNTUK BESARKAN

SWAG Type-X

SWAG Type-S

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply