Seorang lelaki maut apabila kereta Porsche Macan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM)55 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak hala Kuantan di Bentong, pada Sabtu.
Sinar Harian melaporkan, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa berusia 22 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.52 petang dan seramai lima anggota serta seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.
Terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Porsche Macan yang terbabas dan terdapat seorang lelaki dewasa meninggal dunia.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Jelas beliau, operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan alat penyelamat hidraulik yang mengambil masa kira-kira 10 minit.
Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Balai Bomba Dan Penyelamat Bentong
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!t
KOMEN TERKINI