ARKIB

KATEGORI

Tular

Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Tular

Views

Tatkala ramai warganet sudah mula jemu dengan lambakan foto-foto intip Proton X50 yang bertebaran di media sosial, secara tidak semena-mena muncul pula satu poster iklan acah model tersebut sejak semalam. Namun, kami agak curiga dengan kesahihan poster tersebut kerana setakat ini laman Facebook rasmi Proton Cars masih belum menyiarkannya.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Kami juga masih belum menerima sebarang e-mel siaran media berhubung dengan poster mahupun iklan acah model SUV kompak itu setakat ini. Menurut carian kami, poster itu telah dimuat naik oleh Proton Supernau Motors 4S – Bintulu dan mulai tular di Facebook sejak pagi tadi.

Jika diperhatikan dari grafik poster tersebut, dari segi komposisi reka bentuk, arahan kreatif dan susun atur reka letaknya, ia nampak seolah-olah hasil kerja pereka grafik profesional dari agensi pengiklanan namun kami tidak menolak kemungkinan ia hasil karya peminat (fan art).

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Kelihatan kelibat dua buah model SUV dalam poster tersebut. Meskipun ia digelapkan, dari pengamatan kami, model yang berada di hadapan adalah X70 dan di belakangnya adalah X50 kerana bentuk cermin sisi dan nyalaan lampu siang LEDnya (DRL) sama seperti Geely Binyue/Coolray (SX11).

Apapun, kita tunggu perkembangan selanjutnya dari semasa ke semasa. Tunggu!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif