ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas 25 tahun – Model skuter dan moped baharu bakal diperkenalkan hujung tahun ini

Berita Tempatan

Views

Menurut Harian Metro penubuhan syarikat Motosikal dan Enjin Nasional (Modenas) serta pengenalan model Kriss pada 1996 menjadikan ia sebagai moped (cub) ikonik buat jenama itu sehingga kini. Pengeluar motosikal yang berpangkalan di Gurun, Kedah itu telah menyambut ulang tahun ke-25nya baru-baru ini.

Pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan oleh pengurusan dan pekerja senior Modenas mengenai cabaran dan perjalanan buat mereka yang sudah berkhidmat sejak mula sehingga ke hari ini. Salah seorang daripadanya adalah Mohd Redzuan Yahaya, 57, yang sudah bersama Modenas sejak 1995.

Kata Mohd Redzuan, segalanya bermula di pejabat mereka di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Gurun dan memulakan proses pembangunan serta lakaran rekaan untuk motosikal Kriss yang diasaskan daripada model Kawasaki Kazer. Selain tenaga tempatan, ada 13 jurutera Kawasaki dari Jepun turut berada di kilang Modenas dalam memastikan motosikal pertama keluaran negara memenuhi standard yang ditetapkan.

Perkara sama turut dikongsi Bon Rit Song, 54, yang menyertai Modenas pada 1995 dan merupakan antara pekerja terawal kilang pengeluaran di Gurun. Menurutnya, ketika awal pembukaan, laluan utama masuk ke kilang hanyalah jalan tanah merah. Ia bertukar menjadi becak dan dipenuhi lumpur ketika hujan lebat.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Detik yang paling tidak dapat dilupakannya ialah berpeluang untuk memberi penerangan kepada Tun Dr Mahathir ketika majlis pelancaran Kriss yang disiarkan secara langsung menerusi media elektronik menyaksikan wajahnya terpampang di kaca televisyen.

Selepas Kriss, model ‘easy riderJaguh adalah model kedua Modenas yang dilancarkan pada 1999. Ia menerima sambutan hebat daripada pembeli dan lebih 20,000 unit dihasilkan. Kini, permulaan baharu untuk Modenas di bawah teraju Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Roskan yang menjawat jawatan itu sejak April 2019.

Roslan turut mempunyai perancangan tersendiri dan beberapa perubahan dalaman untuk ketua unit di Modenas telah dilakukan demi memastikan kelancaran operasi mereka selepas ini. Antara yang menjadi keutamaan beliau ialah untuk memfokus kepada perkhidmatan selepas jualan dan bekalan alat ganti yang tersedia dalam memastikan kelegaan kepada pemilik jenama itu.

Katanya, Modenas kini merancang untuk membuka lebih banyak pusat servis Modenas dengan imej korporat (CI) yang standard untuk mewujudkan penjenamaan yang lebih terarah. Beliau menyasarkan 60 pusat servis bakal dibuka pada 2022 di seluruh negara.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Kata beliau lagi, sempena ulang tahun ke-25, Modenas akan memperkenalkan model skuter dan moped (cub) baharu yang dipertingkatkan pada hujung tahun ini. Tambahnya, untuk model edisi khas Kriss, ia masih dalam perancangan dan akan diumumkan tidak lama lagi.

Antara perkembangan lain ialah Modenas juga sedang menyiapkan barisan pemasangan model Kawasaki di Gurun yang mencapai tahap piawaian dan peralatan sama seperti terdapat di Jepun. Mereka dijangka memasang dan mengedarkan model di bawah 800cc Kawasaki.

Beberapa model juga akan dijenamakan sebagai motosikal Modenas dan terkini, model Ninja 250. Roslan menambah, Modenas Kriss 110 MR3 kini mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran malah terjual 26,000 unit sehingga Jun ini.

Tambahan 7,000 unit lagi pesanan masih dalam proses penghantaran. Ujarnya, model ini menjadi laras indikasi pengenalan model baharu kelak yang tiada aduan masalah berkaitan kualiti diterima dan semoga ia akan memacu dan menjana kembali jualan yang lebih baik serta mengembalikan zaman kegemilangan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply