ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pra-jualan SUV elektrik Geely Galaxy E5 bermula di China, bakal kembar kepada Proton e.MAS7

Berita Global

Views

Pra-jualan Geely Galaxy E5 secara rasminya telah bermula di China sejak 5 Julai lalu dengan julat tanda harga antara 123,000 hingga 157,000 yuan (RM 79,705 hingga RM 101,737).

Pelancaran rasmi dan penghantarannya dijangka bermula pada bulan pada Ogos nanti. SUV elektrik dengan ukuran dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,750 mm itu ditawarkan dengan lima pilihan varian.

Galaxy E5 menampilkan elemen reka bentuk diinspirasikan daripada harimau yang merangkumi wajah, mata dan misai pada bahagian depan, bersama jeriji jenis tertutup yang membantu mengurangkan pekali seretnya.

Antara ciri rekaan unik Galaxy E5 yang lain termasuklah pemegang pintu tersembunyi, lampu belakang lutsinar, spoiler belakang dan pelapik calar di bahagian bawah. Ruang kabin Galaxy E5 pula dilengkapi skrin inforia terapung, panel instrumen LCD dan paparan head-up.

Selain itu, ia turut dilengkapi stereng rata di bahagian bawah dengan rekaan dua-jejari. HMI model ini dikuasakan oleh Dragon Eagle-1, cip automotif 7 nm yang keluarkan secara domestik dan sistem operasi Flyme Auto yang dibangunkan oleh Meizu.

Sistem kereta ini membolehkannya memiliki keupayaan kecerdasan buatan (AI) dan menyokong beberapa fungsi termasuklah arahan suara, teks dan muzik.

Meskipun ia merupakan SUV padat, ruang dalamannya agak luas dengan keluasan boleh guna mencecah 4.03 meter persegi dan keluasan pencahayaan 3.39 meter persegi. Penggunaan ruangnya pula adalah 67.2 peratus.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Dari segi jarak perjalanan, ia ditawarkan dengan dua saiz kapasit bateri, 49.52 kWj dan 60.22 kWj dengan jarak 440 km dan 530 km mengikut kitaran CLTC.

Galaxy E5 merupakan kereta pertama yang menggunakan bateri litium besi fosfat, bilah pendek generasi baharu, dikenali sebagai Aegis.

Kerangka Galaxy E5 lebih kukuh dan ringan dengan menyepadukan bateri ke dalam badan, atau ‘sel-ke-badan’ (CTB). Geely mendakwa agihan berat untuk Galaxy E5 adalah 50:50.

SUV ini menggunakan sistem pacuan anti-gelincir segala cuaca G-TCS yang dibangunkan sendiri oleh Geely yang membantu mengawal daya kilas motor elektrik untuk mengekalkan cengkaman jalan pada setiap masa.

Model ini hanya ditawarkan dengan motor elektrik tunggal 160 kW. Ia merupakan sistem pacuan elektrik pintar 11-dalam-1 yang merangkumi sebelas komponen utama seperti motor, kawalan elektronik dan pengurang.

Berat sistem ini ialah 79.8 kg, manakala isipadunya pula 72 liter. Ia didakwa mampu memberikan kecekapan komprehensif 90.04 peratus dan penggunaan kuasa minimum hanya 11.9 kWj/100 km.

Kecekapan komunikasi yang tinggi dan tindak balas kuasa pantas datang daripada cip kuasa Infineon TC397 yang merupakan sebahagian daripada sistem pemacu elektrik pintar Galaxy 11-dalam-1.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terdapat juga pemulihan tenaga Pintar empat-kelajuan dan ini mengekalkan perubahan linear berterusan daya brek dalam masa nyata mengikut faktor seperti jarak kenderaan, tahap kesesakan jalan raya, dan lain-lain supaya penumpang tidak ‘mabuk’ dalam perjalanan.

Masa pecutannya ialah 6.9 saat manakala kelajuan tertinggi mencecah 180 km/j. SUV ini dibina berasaskan pelantar Seni Bina Elektrik Geely (GEA), yang diperolehi daripada Seni Bina Elektrik Lestari Geely (SEA).

Galaxy E5 telah dibangunkan sebagai kereta global dan versi pemanduan kanan (RHD) telah diuji secara serentak. Ini bermakna, jangkaan eksport akan bermula dalam tahun hadapan dengan pasaran Asia Tenggara dan Australia sebagai calon utama untuk jualan.

Seperti yang kita ketahui, Galaxy E5 merupakan model yang disebut-sebut sebagai model kenderaan elekrtik (EV) pertama yang menggunakan lencana Proton e.MAS.

Dalam artikel terdahulu, ejen perisik tersohor kami, Mat Bond memaklumkan delegasi wakil pengedar Proton e.MAS yang terpilih telah dibawa oleh pihak pengurusan Proton ke China beberapa bulan lalu untuk memandu uji model Galaxy E5.

Bukan itu sahaja, permohonan tanda dagang nama ‘e.MAS7‘ telah difailkan oleh ejen, Amera binti Mohd Yusof/Amera & Associates Advocates bagi pihak Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd menerusi portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Tanda dagang atas nama e.MAS7 telah didaftarkan menerusi tujuh kategori berbeza pada 13 Jun 2024 dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dan juga pewartaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

Foto kredit GEELY DESIGN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply