ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X70 2020 teroka pasaran Brunei

Berita Tempatan

Views

SUV terlaris di Malaysia, Proton X70 2020 telah dilancarkan di Brunei pada hari Ahad, 6 September lalu. Pada tahun 2019, Brunei menjadi pasaran eksport pertama untuk menerima X70 dan kini, ia sekali lagi menjadi pasaran eksport pertama untuk model 2020 yang dibina di Tanjung Malim.

JOM BACA >> KJ lihat dan uji prototaip MYKAR, EV pertama buatan Malaysia

Tiga varian ditawarkan iaitu Standard, Executive dan Premium X dan turut disertakan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Sejak diperkenalkan pada Februari lalu, X70 2020 merupakan pilihan paling popular di kalangan pembeli SUV di Malaysia. Pada penghujung bulan Ogos lalu, sebanyak 12,732 unit telah dijual bersamaan dengan 25.9 peratus pegangan pasaran SUV di seluruh Malaysia.

JOM BACA >> Pra-pelancaran Proton X50 bakal dibuat dalam masa terdekat – Beberapa model ‘edisi khas’ sedang dipersiapkan!

Model X70 versi sebelum ini turut tersenarai dalam tiga tempat teratas bagi segmennya di Brunei, walaupun ia dijual selama setahun sahaja. Meskipun Brunei tidak terlepas dari jangkitan wabak COVID-19 tetapi jumlah penjualan industri automotif pada akhir bulan Julai telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,609 unit, menunjukkan trend jualan yang setanding dengan tahun 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya kombinasi ciri-ciri inovatif serta peralatan keselamatan yang menyeluruh pada X70 baharu ini akan berjaya menarik perhatian pembeli kereta bukan saja di Brunei, malah di mana-mana pasaran di seluruh dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Modenas Kriss Concept – Kapcai marhaen berkonsepkan futuristik!
JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?
JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply