Semalam, kami ada menyiarkan artikel berkenaan Ativa hibrid (D47B), yang mengatakan Perodua telah mula menawarkan sebanyak 300 unit SUV kompak siap bina (CBU) dari Jepun itu kepada pelanggan terpilih menerusi pakej langganan.
Menurut info terbaharu dari rakan media di Paultan.org, Presiden dan CEO Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, Ativa hibrid hanya akan ditawarkan menerusi program langganan sahaja terlebih dahulu dan bukan untuk dijual seperti model-model lain.
Beliau juga mengesahkan bahawa program langganan berkenaan melibatkan komitmen selama lima-tahun, dengan bayaran muka RM2,150, termasuk dengan sewa bulanan sebanyak RM500.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Namun, dalam tempoh lima-tahun itu perbatuannya dihadkan kepada 100,000 km sahaja, Memandangkan ini merupakan program langganan sahaja, mereka yang mendaftar perlu bersetuju untuk membolehkan sistem telematik GPS dipasang pada kenderaan tersebut.
Ia bagi membolehkan pihak Perodua untuk membuat kajian serta menilai corak penggunaan dan pemanduan. Mereka yang terlibat dalam program ini juga perlu menghantar maklum balas secara berkala kepada Perodua bagi tujuan yang sama.
Tambah beliau, komitmen atau ansuran bulanan itu sudah termasuk insurans, cukai jalan dan penyelenggaraan.
Jadi, pelanggan yang bertindak sebagai ‘pemilik sementara’ Ativa hibrid itu hanya perlu mengeluarkan wang sekali semasa bersetuju untuk menyertai program ini dan hanya membayar sewa bulanan sahaja tanpa kos tambahan.
Ini bermakna, peserta program tersebut tidak akan menjadi pemilik mutlak Ativa hibrid itu dan perlu memulangkannya kepada Perodua selepas tempoh langganan tamat.
Butiran lanjut mengenai program langganan Perodua ini dijangka akan diumumkan kemudian. Teruskan bersama kami untuk info terkini dari semasa ke semasa!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI