ARKIB

KATEGORI

Tular

Saga terus keluar dari simpang, Alza masih ‘bau kedai’ bersama dua lagi kereta jadi mangsa

Tular

Views

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) serba baharu, Perodua Alza yang baharu dilancarkan dua minggu lalu terbabit dalam nahas empat buah kereta di Kilometer 36 Jalan Tampin Gemas, Jalan Kampung Sungai Dua di Tamin, kelmarin.

Menurut KOSMO! ONLINE, kenderaan baharu berkenaan milik seorang guru perempuan berusia 37 tahun.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Abd. Wahab berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 5.55 petang membabitkan Perodua Alza yang baru sahaja digunakan dua hari, Perodua Kancil, Proton Saga dan kereta jenis Hyundai Santa Fe.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati, pemandu Alza dari Gemencheh hendak ke Bukit Jalor Air Kuning Selatan telah berhenti di simpang Jalan Kampong Sg Dua- Air Kuning Selatan bersama sebuah kereta Perodua Kancil di belakangnya untuk masuk simpang yang sama.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki berusua 18 tahun terus keluar dari simpang iaitu dari arah Air Kuning Selatan ke arah Gemas berlanggar dengan sebuah kereta jenis Hyundai Santa Fe yang melalui jalan utama iaitu dari arah Gemas ke Tampin.

Kejadian berkenaan menyebabkan pemandu Hyundai Santa Fe hilang kawalan lalu merempuh Alza yang menunggu untuk membelok sehingga kemalangan berlaku.

Anuwal berkata, pemandu kereta Perodua Kancil mengalami kecederaan luka di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Tampin sebagai pesakit luar.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit TheAjerul dan محمد اكمل ابن نوريزان

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply