ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada ‘cuti cukai’ tiada masalah, tempahan Perodua Alza baharu cecah 39,000 unit setakat ini!

Berita Tempatan

Views

Perodua menerusi satu kenyataan media memaklumkan, permintaan bagi kenderaannya masih kukuh kerana ia telah menerima sebanyak 24,265 tempahan pada bulan Julai walaupun cukai jualan bagi kenderaan baharu diperkenalkan semula pada 1 Julai 2022.

Jumlah jualan dari bulan Januari hingga Julai juga amat memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 48.7 peratus kepada 145,689 unit berbanding 97,945 unit yang dijual dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan ini.

Faktor pertama disebabkan oleh permintaan yang tinggi bagi kenderaan keluaran Perodua kerana pembeli ingin mendapat harga pelepasan cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Faktor kedua merupakan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau berkata bilangan tempahan kenderaan baharu, walaupun ‘tidak serancak’ prestasi Januari hingga Jun tahun ini, tetapi lebih baik daripada apa yang dijangkakan.

Tambah beliau, Alza serba baharu juga telah menerima tempahan yang tinggi. Secara keseluruhan, ia telah menerima tempahan sebanyak 39,000 unit sejak tempahan dibuka dan menerima sebanyak 9,000 unit pada bulan Julai.

Ketika pelancaran model ini, beliau berkata Perodua mensasarkan jualan sebanyak 3,000 unit sebulan. Tambahnya lagi, walaupun angka jualan sehingga kini kukuh, namun masih lagi terdapat beberapa isu yang belum selesai seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang masih belum stabil.

Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan Perodua merosot sebanyak 13.3 peratus kepada 18,346 pada bulan Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lepas.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Perodua kini sedang bekerja rapat dengan kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan pekerja dalam sektor automotif pada awal Ogos ini dan dengan ini Perodua dapat beroperasi sepenuhnya.

Mengenai isu kekurangan bekalan cip semikonduktor pula, Perodua telah mendapat bekalan yang secukupnya untuk mengeluarkan dan mendaftar lebih daripada 247,800 unit, seperti yang disasarkan pada awal tahun ini.

Sungguhpun begitu, mereka masih dalam usaha menstabilkan peningkatan pengeluaran. Ini bermaksud Perodua hanya akan mengumumkan sasaran jualan baharu mereka kemudian.

Beliau menambah, jumlah jualan industri automotif tahun ini juga berpotensi untuk melebihi sasaran 630,000 unit yang telah diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini.

MAA telah meningkatan sasaran jualan tahun 2022 kepada 630,000 unit, peningkatan 30,000 unit daripada sasaran asal badan tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply