ARKIB

KATEGORI

Buletin

PRO-NET dan EVC lancar Program Infrastruktur Pengecasan EV di Kondominium

Berita Tempatan

Views

Proton New Energy Technology (PRO-NET) dan pengendali rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) JomCharge, EV Connection (EVC) hari ini melancarkan Program Infrastruktur Pengecasan EV Kondominium (PRONET-EVC).

Di bawah program ini, EVC akan memperuntukkan dana untuk pemasangan pengecas EV di 100 kondominium yang pada masa ini tidak mempunyai kemudahan pengecasan EV.

Selain itu, kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama untuk memastikan kadar pengecasan yang kompetitif di sekitar 70 kondominium yang telah menjadi sebahagian daripada rangkaian JomCharge.

PRO-NET dan EVC kini mengendalikan pembekalan, pemasangan, operasi, dan penyelenggaraan pengecas dinding rumah untuk pemilik smart, dengan lebih daripada 400 pemasangan berjaya diselesaikan setakat ini.

Selain itu, JomCharge telah diintegrasikan ke dalam rangkaian pengecasan PRO-NET, dengan menawarkan sekitar 600 titik pengecasan dan menyediakan 2,000 sesi pengecasan sejak pelancaran kenderaan smart.

PRO-NET dan EVC menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) hari ini berkaitan perlaksanaan program infrastruktur pengecasan EV di kondominium yang mempunyai dua matlamat utama.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Pertama, memastikan ketersediaan pengecas EV di bangunan kediaman jenis bertingkat, dan kedua, memastikan kadar pengecasan EV yang mampu milik di Malaysia.

Matlamat pertama adalah selaras dengan inisiatif kerajaan untuk memperkukuh infrastruktur pengecasan EV di Malaysia untuk mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang akhir tahun 2025.

Matlamat kedua adalah untuk memastikan 70 peratus penduduk Lembah Klang yang tinggal di bangunan jenis bertingkat mempunyai akses kepada pengecasan EV pada kadar yang berpatutan.

Bagi kondominium yang tidak mempunyai kemudahan pengecasan EV, mereka boleh menghantar minat untuk memasang pengecas EV percuma ini melalui laman web EVC. Permohonan tersebut akan disemak oleh EVC dan PRO-NET.

Pemohon yang berjaya, layak menerima pakej percuma yang merangkumi pengecas EV, kerja infrastruktur yang diperlukan untuk pemasangan pengecas, kos penysuaian, sistem pengurusan pengecas, dan integrasi ke dalam rangkaian JomCharge.

Malah, kondominium tersebut juga layak berkongsi keuntungan/hasil melalui program ini. Kadar pengecasan ditetapkan pada harga yang sangat kompetitif iaitu RM0.70/kWj untuk kondominium.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Berikut adalah kadar pengecasan yang ditawarkan:

Pengecasan ACItemKadar Harga (kWj)
Harga PasaranPurata RM1.00 per kWj
Kondominium EVCRM 0.70
PRO-NET (smart dan e.MAS)RM 0.63 

(Diskaun 10 peratus daripada kadar JomCharge – per kWj / min)

Pemilik Proton e.MAS 7 akan menikmati diskaun tambahan 10 peratus daripada kadar pengecasan semasa bermula Januari 2025.

Ini bermakna kadar yang sangat kompetitif iaitu RM0.63/kWj, iaitu hampir sama dengan kadar tarif kediaman TNB untuk pemilik hartanah berstrata.

CEO PRO-NET, Zhang Qiang, berkata, dengan menyediakan kemudahan pengecasan yang mudah untuk pelanggan yang tinggal di kondominium, pihaknya percaya ini bukan sahaja akan menambah kebaikan, malah dapat mengatasi sebarang halangan yang mungkin ada bagi mereka untuk memiliki EV.

Pengarah Urusan EVC, Ir. Lee Yuen How pula menambah, pihaknya gembira dapat bekerjasama dengan PRO-NET bagi memastikan infrastruktur pengecasan EV Malaysia terus berkembang seiring dengan peningkatan penggunaan EV di negara ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply