ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota bakal perkenal Camry baharu dan Corolla Cross facelift di KLIMS24, turut pamer tiga model konsep

Berita Tempatan

Views

Toyota Malaysia menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya mengesahkan bakal memperkenalkan dua model baharu, iaitu Camry generasi kesembilan (XV80) dan Corolla Cross facelift di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

UMW Toyota Motor (UMWT) telah mula membuka tempahan untuk Toyota Corolla Cross facelift, dengan harga anggaran bermula dari RM140,000.

Untuk pasaran tempatan, pilihan varian akan ditawarkan adalah Corolla Cross Hybrid Electric (HEV) dan Corolla Cross HEV GR Sport.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Dari segi penggayaan luaran ia menampilkan rekaan jeriji baharu dengan rekaan nipis, manakala kemasan berbentuk sarang lebah pada bahagian atas bampar.

Tiada perincian mengenai rangkaian kuasa yang bakal ditawarkan, namun ia dijangka mengekalkan unit sedia ada iaitu enjin 2ZR-FXE 1.8 liter dengan output keseluruhan 122 kuasa kuda.

Selain, reruai Toyota di KLIMS24 yang bertemakan “Beyond Zero” dijangka meriah dengan pengenalan tiga model konsep iaitu, Kayoibako Concept, Land Cruiser Se Concept dan FT-3e Concept di acara tersebut.

Kayoibako Concept telah dipertontonkan semasa Japan Mobility Show 2023 dan kenderaan elektrik-bateri ini menampilkan rekaan kekotak yang moden serta ranggi.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Dari segi dimensi, Kayoibako Concept berukuran 3,990 mm panjang, 1,790 mm lebar dan 1,855 mm tinggi denga jarak tapak roda 2,800 mm.

Land Cruiser Se Concept turut membuat penampilan semasa Japan Mobility Show 2023 dan ia merupakan kenderaan elektrik yang berasaskan pelantar jenis monocoque.

Model konsep dengan tiga baris tempat duduk ini mempunyai ukuran dimensi 5,150 mm, lebar 1,990 mm, tinggi 1,705 mm dan jarak tapak roda 3,050 mm.

FT-3e Concept pula merupakan sebuah model konsep SUV EV yang membuat kemunculan semasa Japan Mobility Show 2023.  Ia menampilkan reka bentuk yang futuristik dengan permainan garis badan bersudut tepat dan tajam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Kayoibako Concept

Land Cruiser Se Concept

FT-3e Concept

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply