ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Video Intip

Views

Kelibat sebuah treler pengangkut yang membawa tiga unit kereta misteri yang diselubungi kain pelitup hitam sempat dirakam oleh sahabat kami Amir Zaheen Minhaj, usai solat Jumaat di Masjid MSU, petang tadi.

Menurut Amir, ini merupakan treler pengangkut kedua yang membawa kereta misteri berkenaan dan difahamkan ia sedang menghala ke arah Puchong.

Amir berkata, jika dilihat secara pandangan mata kasar, kereta misteri itu kelihatan seperti model sedan Proton S50 (SS11).

Berdasarkan pemerhatian penulis, rekaan rimnya kelihatan sama seperti rim yang digunakan oleh Geely Emgrand generasi keempat di pasaran Filipina.

Persoalan yang bermain di fikiran penulis ketika ini, ke manakah hala tujuan sebenar treler pengangkut kereta berkenaan?

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Adakah ia dibawa untuk menjalani penggambaran iklan atau sesi latihan pengenalan produk untuk para Penasihat Jualan? Setakat artikel ini ditaip, masih belum ada sebarang informasi terbaharu mengenainya.

Pada 5 September lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, mendedahkan model sedan segmen-B yang bakal menjadi pengganti Prevé itu bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan November ini.

Dalam artikel terdahulu ejen perisik tersohor kami iaitu Mat Bond pernah mengatakan yang model S50 (SS11) akan ditawarkan dengan empat pilihan varian.

Berikut adalah senarai varian Proton S50 (SS11):

  • Executive
  • Premium
  • Flagship
  • Flagship X – mungkin varian Edisi Khas (SE)

Buat permulaan S50 (SS11) akan dijana oleh enjin tiga-silinder 1.5T (Turbo Port Fuel Injection) yang menghasilkan output 150 PS dan 226 Nm daya kilas yang digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjana model X50.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Varian dengan enjin aspirasi alami (NA) pula, hanya akan ditawarkan bermula dari tahun 2025Tujuh pilihan warna akan ditawarkan pada model S50 (SS11), dua warna solid manakala selebihnya warna metalik, termasuk warna baharu.

Berikut adalah senarai pilihan warna Proton S50 (SS11):

  • Passion Red (Solid)
  • White (Solid)
  • Space Grey (Metalik)
  • Quartz Black (Metalik)
  • Armour Silver (Metalik)
  • Deep Marine Blue (Metalik)
  • Teal Bayon Green (Metalik) – warna baharu

Dari segi keselamatan, model ini akan dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu (ADAS) yang lebih canggih, setanding dengan pesaing dalam kelasnya. Fasa pengeluaran besar-besaran S50 (SS11) pula dijangka bermula sekitar bulan Oktober ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply