ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek AM-2: Kolaborasi MARA dan AMI bangunkan motosikal jenama tempatan, masuk pasaran Q3 2023

Berita Tempatan

Views

Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI) hari ini melancarkan pembangunan projek motosikal jenama tempatan menerusi Projek AM-2 yang bakal memasuki pasaran pada suku ketiga (Q3) tahun depan.

Harian Metro melaporkan, Pengerusi Eksekutif Kumpulan AMI Ahmad Faez Yahaya berkata, untuk tahun pertama, pihaknya memfokuskan segmen motosikal berkapasiti kecil atau lebih dikenali sebagai kapcai dan skuter.

Beliau berkata, motosikal jenama tempatan menerusi Projek AM-2 itu dikuasai enjin tempatan sepenuhnya 100 peratus yang dibangunkan anak tempatan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Katanya, ia adalah pembangunan motosikal daripada tahap konsep sehingga pengeluaran produk yang dibangunkan oleh syarikat tempatan iaitu 100 peratus Bumiputera dan dijayakan dengan tenaga kerja mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.

Tambahnya, AMI mempunyai 16 jurutera dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bersama membangunkan motosikal jenis kapcai dan skuter untuk pasaran tempatan dan juga Asia Tenggara.

Pihaknya sudah memulakan projek ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, dan ia hampir selesai. Ketika ini pihaknya sedang menjalankan ujian ketahanan jarak jauh dan mendapatkan beberapa kelulusan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran majlis pembangunan projek motosikal jenama tempatan menerusi Projek AM-2 itu yang disempurnakan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Sementara itu, Mahdzir berkata, kerjasama terbabit membawa Mara selangkah lagi ke hadapan khususnya dalam teknologi dan industri permotoran nasional.

Ujar beliau, pihaknya sedar masa hadapan industri motosikal sedang meningkat naik seiring dengan perkembangan ekonomi gig.

Beliau yakin Projek AM-2 ini bakal memberi impak positif kepada industri dan juga Mara selaras dengan visi dan aspirasi kementerian dalam memperkasakan ekonomi Keluarga Malaysia.

Menurutnya, kerjasama itu juga bakal membuka peluang penempatan latihan industri kepada pelajar yang berkemahiran Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) MARA seterusnya memasuki sektor tenaga kerja berkemahiran tinggi itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MAJLIS AMANAH RAKYAT

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply