ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP: Maruti Suzuki YTB mula diuji, SUV kompak berasaskan Yaris Cross? Ada kaitan dengan Perodua D66B ke?

Foto Intip

Views

Nampaknya, ada sebuah lagi SUV kompak sedang dibangunkan oleh Maruti Suzuki dengan kerjasama Toyota selepas Urban Cruiser Hyryder dan Grand Vitara. Menurut portal permotoran India, gaadiwaadi.com, unit ujian model SUV tersebut telah mula diintip oleh orang awam.

Meskipun masih sarat dengan mod penyamaran, dari arah belakang ia kelihatan seperti Toyota Yaris Cross yang dibangunkan dari pelantar Toyota New Global Architecture (TNGA) untuk pasaran Eropah.

Dikatakan Maruti Suzuki YTB dibina dari pelantar Heartect dan ada juga kemungkinan model ini dibina dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang menjadi asas kepada Yaris ATIV@Vios generasi baharu.

Garis bumbung dan kekuda unit ujian ini memang jelas memperlihatkannya sebagai sebuah crossover, tetapi tiangnya tidaklah tinggi seperti SUV tradisional.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Model ini juga bakal mempunyai versi Toyota yang berada di antara Urban Cruiser dan Hyryder. Ini bermakna, kembarnya dari Maruti Suzuki adalah berdasarkan Yaris Cross dengan beberapa perubahan visual kecil.

SUV kompak ini juga mungkin menjadi kereta hibrid paling mampu milik di India dan bakal berentap dengan beberapa model berenjin diesel seperti Hyundai Venue, Kia Sonet, Mahindra XUV300 dan Tata Nexon.

Maruti Suzuki YTB mungkin dilengkapi dengan enjin petrol 1.5-liter empat-silinder DualJet K15C hibrid-ringan yang menjana 103 PS pada 6,000 rpm dengan daya kilas maksima 136 Nm pada 4,400 rpm.

Versi yang lebih berkuasa 1.5-liter TNGA Kitaran Atkinson mungkin turut ditawarkan dengan mod khusus untuk EV sahaja.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Model ini dijangka menampilkan pelbagai ciri-ciri terkini seperti sistem infohibur dengan skrin sentuh bersaiz 9-inci bersama sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, stereng rata di bahagan bawah dengan butang kawalan, pengecasan nirwayar, bumbung suria elektrik, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) bersama Bantuan Mula Mendaki (HHA), panel meter separa digital, Kawalan Jelajah, kamera 360-darjah, butang penghidup enjin dan banyak lagi.

Maruti Suzuki YTB dijangkan bakal membuat debut sulungnya semasa Auto Expo 2023 di India pada bulan Januari dan akan mula berada di pasaran pada bulan Februari atau Mac. Kami menjangkakan model ini ada mempunyai hubung kait dengan bakal SUV Perodua pada tahun hadapan (namakod D66B).

Model yang bakal menjadi pesaing terkuat kepada Proton X50 itu nanti bakal dijana dengan enjin Dual VVT-i 1.5L untuk varian asas dan pilihan trenkuasa hibrid untuk varian andalan.

Dalam artikel terdahuluPerusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah mendaftarkan dua nama baharu, iaitu Traz dan Nexis, di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang ‘dicop lebih awal’ bagi kegunaan model baharu mereka nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Amit Thanai dan Karan Nandwani

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply