ARKIB

KATEGORI

Info

Projek AM-2: Mat Bond telah membuat risikan, ini info yang kami tahu

Info

Views

Pengumuman projek motosikal jenama tempatan terbaharu, Projek AM-2 yang merupakan kolaborasi antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan AFY Mobility Industries Sdn Bhd (AMI) semalam, sebenarnya mengejutkan ramai pihak termasuk media-media automotif tempatan.

Masakan tidak, tiada angin tiada ribut, namun secara tiba-tiba muncul pula satu lagi satu jenama motosikal nasional yang dikatakan 100 peratus dibangunkan oleh anak tempatan.

Disebabkan rasa ingin tahu yang menebal, kami telah mendapatkan bantuan ejen perisik Mat Bond untuk merungkai beberapa persoalan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurut risikan ejen Mat Bond, Projek AM-2 ini pada asalnya adalah projek motosikal dari pengeluar motosikal tempatan yang berpangkalan di Sungai Petani, Kedah, iaitu Ottimo Technologies Sdn. Bhd (Ottimo).

Kebanyakan tenaga kerja Ottimo adalah bekas kakitangan Modenas yang mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam pembangunan jentera dua roda.

Apa yang menarik, bakal model sulung Projek AM-2 yang masih belum mempunyai nama dan logo jenama rasmi itu adalah sebuah ‘supermoped.

Jika anda masih ingat pada projek supermoped Ottimo dalam artikel terdahulu, untuk Projek AM-2, reka bentuk supermoped itu telah diubah, manakala casisnya juga telah ditukar.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Pembangunan reka bentuk model tersebut sudah pun siap sepenuhnya dan pada ketika ini ia masih lagi dalam bentuk model tanah liat.

Kata Mat Bond, enjin supermoped itu nanti dihasilkan sendiri dengan bantuan teknikal dari Motori Minarelli dan Fantic. Selain enjin untuk supermoped itu, enjin dengan kapasiti lebih kecil turut dihasilkan.

Dijangka nama dan logo rasmi jenama Projek AM-2 itu nanti bakal diumum dan dilancarkan pada penghujung tahun ini, manakala supermoped itu pula bakal menerjah ke pasaran pada suku ketiga (Q3) 2023.

Kami menjangkakan, prototaip ujian supermoped Projek AM-2 itu akan mula menjalani ujian jalan raya pada awal tahun hadapan. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan supermoped Ottimo

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply