ARKIB

KATEGORI

Buletin

Projek ECRL bakal diteruskan – Jajaran berubah, kos lebih rendah

Berita Tempatan

Views

Semalam Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengumumkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan disambung semula pada kos yang lebih rendah susulan permeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

SA ini merangkumi aspek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian projek kereta api tersebut dan ia telah dicapai selepas rundingan antara syarikat yang terlibat serta Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Selain itu, kos pembinaan Fasa 1 dan 2 ECRL telah berjaya diturunkan kepada RM44 bilion, iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion berbanding kos asalnya yang mencecah RM65.5 bilion. Projek ECRL sepanjang 688.3 kilometer itu bakal menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan dan akan dibangunkan dalam dua fasa.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Dalam artikel kami sebelum ini, Nanyang Siang Pau melaporkan jajaran projek ini juga mengalami perubahan dan laluan di Bentong dan Gombak akan digugurkan. Labu dikatakan bakal mempunyai sebuah stesen baharu dan jika merujuk kepada infografik dari MRL, jajaran terkini sah tidak akan melalui Bentong dan Gombak. Ia sebaliknya akan dilencongkan melalui Putrajaya – Bangi/Kajang – Jelebu – Mentakab dari Pelabuhan Klang.

Jajaran tersebut akan diteruskan dari Mentakab, Pahang ke Pengkalan Kubor di Kelantan mengikut perancangan asal. Ini bermakna, Terengganu masih lagi kekal dalam jajaran baharu, namun segalanya hanya akan diperincikan dalam pengumuman khas yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media pada hari Isnin ini.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply