ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton 1 Tank Adventure pusingan awal – Iriz berjaya catat 4.94L/100km

Berita Tempatan

Views

Hujung minggu Hari Malaysia lalu, bermulanya musim kedua cabaran Proton 1 Tank Adventure dari Pusat Kecemerlangan Proton (COE) menuju ke Johor Bahru dan kembali semula ke COE. Perjalanan epik sejauh 650km ini disertai oleh 60 orang peserta dengan 30 buah kereta, yang terdiri daripada Proton Iriz, Persona dan Saga 2019.

Tujuan utama 1 Tank Adventure ini diadakan adalah untuk Proton mempamerkan barisan model terbaharunya beraksi berdasarkan persekitaran pemanduan sebenar.  Dengan gabungan cuti hujung minggu yang panjang serta keadaan cuaca berjerebu menjadikannya ujian kali ini lebih sukar.

Walaupun perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran, setiap kereta berjaya menghabiskan pengembaraan hari pertama tanpa sebarang masalah. Di Melaka para peserta dijamu dengan aneka jenis buah-buahan tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Perigi Batu Pahat dan Taman Negara Tanjung Piai.

.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Mereka bermalam di Johor Bahru sebelum pengembaraan diteruskan dengan melalui Lebuhraya Utara-Selatan untuk kembali ke Shah Alam. Semua peserta berjaya melengkapkan cabaran 650km menggunakan bahan api seperti ditetapkan.

Pencapaian maksima terbaik adalah sejauh 809km iaitu pada kereta yang mempunyai tangki minyak sebesar 40 liter. Ini adalah pencapaian yang mengagumkan kerana semua peserta perlu mengekalkan kelajuan purata minimum bagi tujuan keselamatan disebalik cabaran-cabaran yang perlu dihadapi mereka.

Berikut adalah keputusan terbaik yang dicatat dan telah disahkan oleh pemerhati dari Festival Speed Malaysia (MSF):

  • 4.98L/100km untuk Proton Saga
  • 5.43L/100km untuk Proton Persona
  • 4.94L/100km untuk Proton Iriz

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Selain untuk membuktikan kecekapan bahan api pada kereta-kereta Proton, cabaran ini juga dilihat sebagai peluang untuk menonjolkan kelebihan dalam ketiga-tiga produk tersebut. Antara ciri tersebut adalah kestabilan pemanduan dan pengendalian serta ciri-ciri keselamatan yang dipasang padanya.

Sepanjang perjalanan, kedua-dua pihak media dan peserta awam memuji tentang pengendalian selamat pada model Proton yang mereka pandu semasa latihan pemanduan dinamik. Mengulas mengenai kejayaan pusingan pertama cabaran ini, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong berkata, pusingan pembukaan 1 Tank Adventure tahun ini sangat mencabar tetapi semua peserta berjaya menamatkannya dengan selamat.

Katanya, apa yang penting ialah Proton telah membuka peluang kepada para peserta untuk menguji kereta mereka dalam keadaan pemanduan yang membolehkan mereka merasai sendiri keupayaan ciri keselamatan dan kebolehan dinamik kereta mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply