ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton agih 3,000 pek bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan

Berita Tempatan

Views

Sempena ketibaan bulan Ramadan, Proton mengedarkan 3,000 pek bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan yang terdiri daripada polis, petugas perubatan dan bomba termasuk kakitangannya di Subang Jaya dan Shah Alam.

Inisiatif itu merupakan hasil kerjasama antara Kelab Media Prima dan Kelab Proton, di mana mereka bersama memasak dan membungkus juadah tersebut di ibu pejabat Proton di Shah Alam, sebelum keluar untuk mengagihkannya ke beberapa lokasi.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Memasak dan mengedarkan bubur lambuk pada bulan Ramadan merupakan aktiviti tahunan Proton dan pekerjanya, namun terpaksa ditangguhkan sejak dua tahun lalu akibat Covid-19. Tradisi itu kembali tahun ini muncul apabila Malaysia melangkah ke fasa peralihan endemik bermula 1 April.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, setelah dua tahun pihaknya membuat membuat keputusan untuk meluaskan jaringan perkongsian dengan mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di sekitar Shah Alam dan Subang Jaya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Tahun ini, rakyat Malaysia juga berpeluang untuk ‘balik kampung’ bagi menyambut Aidilfitri selepas dua tahun. Proton menasihati semua pengguna jalan raya agar memandu dengan cermat dan memastikan kenderaan mereka telah diservis sebelum perjalanan.

Roslan berkata, semua pemilik kenderaan Proton digalakkan untuk membuat janji temu dengan pusat servis sebelum memulakan perjalanan cuti hari raya sekiranya kenderaan mereka perlu diservis.

Tambahnya, baru-baru ini dengan peningkatan stok untuk 22 jenis alat ganti yang bergerak pantas di pusat 3S/4S, Proton bersedia untuk membantu memastikan perjalanan yang selamat ke kampung halaman pelanggan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply