ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masuk laluan motosikal, pemandu Honda Civic kena penjara dan denda

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu kereta Honda Civic yang videonya tular memandu dalam laluan motosikal bulan lalu, dipenjara lima hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.

Utusan Online melaporkan, Majistret Amanina Mohamad Anuar menjatuhi hukuman penjara dan denda itu terhadap R. Rhuobanraj, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini dan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut dia boleh dipenjara selama empat bulan. Tertuduh membayarnya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang memandu kereta Honda Civic berwarna putih didakwa memandu kenderaan tersebut dengan cara melulu dan merbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

 

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Kesalahan itu dilakukan di Lebuh Raya Persekutuan pukul 5.30 petang pada 17 Mac lalu yang didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan ketika kejadian, dia tidak sengaja memasuki laluan motosikal.

“Saya tiada niat jahat untuk potong laluan, saya tersilap masuk dan hanya dapat keluar selepas dimaklumkan oleh seorang pakcik (penunggang motosikal) yang kemudian menunjukkan jalan keluar,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan tertuduh adalah serius yang boleh membahayakan pengguna jalan raya lain terutama penunggang motosikal.

Pada 19 Mac lalu, media melaporkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih memasuki laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan berhampiran Wisma CIMB Jalan Pantai Baharu mengundang padah apabila dia ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, sebaik menerima video tular yang dikongsi pada halaman DashCam Owners Malaysia di Facebook, pihaknya terus menjalankan usaha mengesan pemilik kenderaan itu.

Menurut polis berdasarkan siasatan, pemandu tersebut mendakwa telah menggunakan laluan motosikal kerana tidak menyedari keretanya memasuki laluan yang salah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply