ARKIB

KATEGORI

Buletin

Semua model baharu Volvo boleh kemaskini perisian secara OTA

Berita Tempatan

Views

Semua pemilik model baharu Volvo kini boleh mengemas kini perisian secara over-the-air (OTA). Keupayaan OTA kini ditawarkan untuk model terkini XC90, S60 dan V60.

Sebelum ini ia telah ditawarkan untuk kereta elektrik Volvo. Para pemilik boleh menaik taraf sistem infohibur kepada versi terkini Android Automotive OS, iaitu Android™ 11.

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge

Mereka juga boleh mengakses kategori aplikasi baharu di Google Play, termasuklah navigasi, pengecasan dan parkir, manakala penstriman video pula dijangka menyusul kemudian.

Selain itu, kemas kini OTA turut menawarkan penambahbaikan ciri, dari pengurusan kuasa bateri menerusi pemasa iklim dipertingkatkan serta kemas kini pada fungsi aplikasi mudah alih dan aplikasi dalam kereta.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Kemas kini OTA terbaharu adalah merupakan kemas kini kereta lengkap kelapan syarikat itu dan ia akan meliputi lebih daripada 190,000 kereta Volvo di seluruh dunia.

Ia juga menandakan kemunculan sulung kemas kini OTA di beberapa pasaran baharu di seluruh dunia, termasuk India, Taiwan dan New Zealand, selepas Korea Selatan, Australia, Thailand dan Singapura pada awal tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply