ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton beri jaminan lanjutan setahun untuk semua kenderaan terpakai PCPO

Berita Tempatan

Views

Berkuatkuasa serta-merta, semua kenderaan Pra-Milik Bertauliah Proton (PCPO) yang dijual melalui cawangan kereta terpakai Proton layak diberikan jaminan lanjutan selama satu tahun.

Di bawah Program Waranti Lanjutan PCPO (PCPO-EW) yang ditaja jamin oleh Allianz General Insurance ini, bahagian enjin dan transmisi yang didapati rosak semasa penggunaan biasa akan dibaiki atau diganti untuk tempoh 25,000km atau 12 bulan.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, pihaknya ingin mengalu-alukan Allianz sebagai rakan kongsi insurans dalam usaha mereka untuk memberikan jaminan tambahan kepada pelanggan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Tambahnya, dengan jaminan lanjutan, pemilik kenderaan PCPO dilindungi daripada kos yang tidak dijangka akibat kegagalan mekanikal untuk bahagian enjin dan transmisi.

Sejak penubuhannya pada 2019, unit Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton telah memperkenalkan prosedur operasi dan menyediakan latihan kepada pemeriksa kereta terpakai untuk menguruskan transaksi di setiap cawangan.

Syarikat juga memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah selaras dengan paras yang ditetapkan oleh jenama itu. Setakat ini, ia telah mempunyai 36 cawangan yang menjual kenderaan PCPO dalam negara.

Tambah Roslan Abdullah, oleh kerana jumlah jualan Proton meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihaknya telah melihat peningkatan yang sama dalam transaksi jual beli atau tukar beli.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Kenderaan yang dijual di bawah program PCPO menjalani pemeriksaan menyeluruh 201 mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar.

Selain menikmati jaminan lanjutan 1 tahun yang meliputi enjin dan transmisi, pelanggan juga akan menikmati perkhidmatan servis asas yang percuma selepas 6 bulan dari tarikh pembelian.

Dengan peralihan kepada platform dalam talian yang makin meningkat, UCM juga telah menubuhkan laman web khusus untuk kereta terpakai Proton, untuk menarik pembeli yang mahir teknologi.

Pengguna boleh melihat stok tanpa mengunjungi bilik pameran dan melayari laman web untuk mendapatkan anggaran harga pasaran bagi kereta terpakai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply