ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tak sampai seminggu dibuka, Lebuh Raya DASH catat kemalangan maut pertama

Berita Tempatan

Views

Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) yang baru dibuka pada Jumaat lalu, mencatat kemalangan maut pertama membabitkan seorang penunggang motosikal, tengah malam tadi.

Menurut Berita Harian, insiden jam 12.05 tengah malam itu berlaku apabila motosikal jenis SYM VF3I yang ditunggang lelaki berusia 24 tahun berkenaan terbabas sebelum terjatuh ke atas jalan di Kilometer (KM) 15.7 DASH dekat Penchala.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memaklumkan ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Penchala menghala ke Denai Alam.

Katanya, akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Lebuh raya DASH sepanjang 20.1 kilometer dengan 13 persimpangan keluar masuk, dibuka mulai jam 12.01 tengah malam Jumaat lalu.

Persimpangan itu ialah di Puncak Perdana, Alam Suria, Denai Alam, Kampung Melayu Subang, Pinggiran Subang, Subang Dua, Lapangan Terbang Subang, RRIM (Kwasa Damansara), Surian, Seksyen 5 Kota Damansara, Sunway Damansara, Damansara Perdana dan Penchala.

DASH menghubungkan tiga lebuh raya utama, iaitu Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Daerah Petaling Jaya

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply