ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton catat kenaikan jualan untuk suku pertama 2019 – X70 SUV terlaris di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Proton meneruskan momentum kecemerlangan dengan merekodkan kenaikan jualan untuk suku pertama tahun 2019. Untuk bulan Mac, Proton mendaftarkan sebanyak 6,145 unit kenderaan dengan pegangan pasaran sebanyak 11 peratus, naik 2.6 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2018.

Bulan Mac juga menyaksikan pertumbuhan positif bagi industri automotif di mana anggaran Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) telah meningkat sebanyak 11.8 peratus dari tahun ke tahun. Proton sekali lagi telah mengatasi pasaran dengan peningkatan pendaftaran sebanyak 46.1 peratus, hampir 4 kali ganda daripada keseluruhan industri.

JOM BACA >> Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Bagi tiga bulan pertama tahun 2019, angka kumulatif adalah 43.5 peratus atau lebih daripada 6 kali bilangan TIV sebanyak 6.7 peratus. Proton terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama popular di kalangan pembeli kereta dan telah berjaya mendahului jenama automotif keempat terlaris di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr Li Chunrong berkata, angka yang dicatatkan ini adalah hasil usaha keras setiap pekerja. Selain itu, pembukaan cawangan- cawangan 3S/4S, peningkatan kualiti produk, tumpuan penuh pada perkhidmatan pelanggan serta penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang lain turut menjadi faktor penyumbang kepada pencapaian ini.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya

Sepanjang bulan Mac, sebanyak 2,979 unit model SUV pertama Proton, X70 telah telah didaftarkan sekaligus menjadikannya SUV terlaris dan paling popular untuk tiga bulan pertama tahun ini secara keseluruhannya. Angka yang direkodkan bagi Mac juga merupakan yang terbanyak pernah dicatatkan untuk segmen SUV dalam masa sebulan.

Dr Li Chunrong berharap aagar Proton mampu mengurangkan lagi tempoh menunggu dan pada masa yang sama memastikan tahap kualiti yang tinggi supaya model ini mendapat penilaian tertinggi dari Kajian Kualiti Awal (IQS) Malaysia pada tahun 2019. Proton kini sedang berusaha untuk membantu pengedar sedia ada bagi meningkatkan taraf fasiliti mereka atau menarik pelabur-pelabur untuk membuka cawangan baharu.

Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kenaikan jualan kerana cawangan-cawangan ini mampu memberikan pengalaman jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang mewah. Oleh itu, Proton akan menambah lagi cawangan-cawangan seperti ini pada tahun 2019 sebagai persediaan untuk memperkenalkan model-model baharu pada masa akan datang.

JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply