ARKIB

KATEGORI

Buletin

Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Berita Tempatan

Views

Kehadiran pencabar terbaharu dalam kategori hatchback kompak segmen-B, Toyota Yaris kini semakin hampir. Laman sesawang rasmi Toyota telah mula mengeluarkan satu halaman khusus untuk model tersebut. Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya juga boleh mendaftarkan minat menerusi pautan ini.

Selebriti tempatan, Janna Nick pula dipilih sebagai Duta rasmi Toyota Yaris dan beliau akan tampil di dalam kempen iklan dan promosinya nanti. Yaris akan dijana oleh enjin 1.5 liter Dual VVT-i yang menghasilkan 107 PS dengan 140 Nm daya kilas dan digandingkan bersama transmisi CVT 7-kelajuan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya

Beberapa info menarik mengenai model tersebut turut dipaparkan, antaranya ialah lampu depan dengan fungsi Follow-Me-Home, meter Optitron dan Paparan Pelbagai Maklumat (MID), cermin pandang belakang anti-silau (electrochromic), pendingin hawa automatik, suis mod pemanduan dengan pilihan mod Eco dan Sport.

Dari segi keselamatan, Yaris dilengkapi dengan Pemantauan Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), tujuh beg udara, Monitor Paparan Panoramik (PVM), Bantuan Mula Mendaki (HAC) dan Perakam Video Digital Hadapan (DVR/Dashcam).

JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang

Yaris juga dilengkapi dengan unit infohiburan dengan pemain DVD-AVX bersama USB mirroring dan port pengecasan USB. Ia ditawarkan dengan lima pilihan warna menarik – Citrus Mica Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan Super White II.

Untuk pasaran Malaysia, Yaris ditawarkan dalam tiga pilihan varian – Yaris 1.5G(AT), Yaris 1.5E(AT) dan Yaris 1.5J(AT). Harga anggaran bagi model ini bermula dari RM71,888.00 (Yaris 1.5G), RM77,888.00 (Yaris 1.5E) dan RM84,888.00 (Yaris 1.5G). Toyota Malaysia turut memberi jaminan selama 5-tahun tanpa had perbatuan untuk model ini.

Nantikan kemunculannya!

JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Daimler sah jual 50 peratus saham Smart kepada Geely
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply