ARKIB

KATEGORI

Buletin

Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu diperkenalkan

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian baharu minyak pelincir enjin Shell Rimula untuk pikap dan trak ringan. Rangkaian Shell Rimula Light Duty baharu terdiri daripada Shell Rimula Light Duty LD4 15W-40 (API CI-4) dan LD5 10W-40 (API CK-4) Synthetic Technology.

Minyak pelincir ini dirumus khas untuk memastikan prestasi yang optimum untuk trak yang beroperasi dalam keadaan berhenti-mula dan melahu dengan kerap serta membawa pelbagai beban yang berat. Shell Rimula Light Duty LD4 yang berasaskan minyak mineral dicipta untuk memenuhi keperluan trak ringan yang menjadi kenderaan pengangkut utama bagi hampir semua jenis perniagaan komersil.

Shell Rimula Light Duty LD5 sintetik sepenuhnya sesuai untuk pikap dan trak 4×4 yang lain. Kedua-dua pelincir ini boled didapati di bengkel-bengkel bebas yang terpilih, kedai alat ganti dan stesen minyak Shell. Shell Rimula Light Duty LD4 dan LD5 tersedia dalam bekas 7.5-liter, sesuai untuk sekali pertukaran minyak tanpa memerlukan pelincir tambahan.

JOM BACA >> Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Harga runcit yang disyorkan bagi Shell Rimula Light Duty LD4 ialah RM120.00 di Semenanjung Malaysia dan RM121.50 di Sabah dan Sarawak. Harga Shell Rimula Light Duty LD5 pula ialah RM195.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM196.50 (Sabah dan Sarawak).

Shell Rimula merupakan peneraju pasaran bagi minyak enjin diesel tugas berat di Malaysia dan di peringkat global. Rangkaian Light Duty yang baharu menandakan penyertaan Shell Rimula dalam segmen pelincir pengguna. Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan berkata sebahagian besar jualan kenderaan komersil yang baharu di Malaysia terdiri daripada pikap dan trak ringan.

Pikap sekarang tidak terhad kepada penggunaan komersil sahaja. Ia menjadi pilihan popular bagi mereka yang menggemari gaya hidup aktif di luar rumah. Rangkaian Shell Rimula Light Duty yang baharu menawarkan perlindungan dan kebersihan enjin yang lebih baik, selang waktu penukaran minyak yang lebih lama dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya

Shell Rimula juga menyediakan ganjaran kepada pelanggan setia yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan yang dilakukan dengan membawa mereka ke destinasi hentian yang terunggul di seluruh dunia. Promosi Shell Rimula Ultimate Stopover Barcelona 2019 akan menyaksikan para pemenang dibawa ke kota di Sepanyol yang terkenal dengan seni, budaya, pasukan bola sepak dan makanan yang enak.

Promosi mulai 1 Mac hingga 30 Jun 2019 ini dibuka untuk para pelanggan yang membeli produk minyak enjin diesel tugas berat dan tugas ringan Shell Rimula. Mereka berpeluang untuk memenangi percutian eksklusif 5 hari 4 malam ke Barcelona. Percutian ini memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang dunia Shell Lubricants sambil menikmati bandar raya Mediterranean yang indah dan menawan.

Pemenang Ultimate Stopover 2018 William Teo dari Sibu yang berpeluang mengunjungi Dubai berkata bahawa pengalaman yang dilaluinya sukar dilupakan, terutama memahami teknologi diesel Shell serta pelincir lain untuk kegunaan tugas berat.

Mereka berpeluang menyaksikan ujian dunia sebenar bagi produk menerusi persekitaran, beban dan suhu yang ekstrem serta aktiviti sebenar yang lain. Tambah William lagi, beliau mendapat pengetahuan, peluang melancong dan juga membina rangkaian.

JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari
JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona facelift bakal dilancar 3 April?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply