Proton meneruskan momentum permulaan yang kukuh untuk tahun ini dengan pertambahan jualan sebanyak 52 peratus unit kenderaan pada bulan Februari, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Sebanyak 4,033 unit (domestik dan eksport) terjual pada bulan Februari dengan jumlah jualan 20.1 peratus lebih tinggi daripada bulan sebelumnya.
Manakala bagi dua bulan pertama tahun ini, jumlah jualan sehingga kini (YTD) telah meningkat sebanyak 88 peratus kepada 25,714 unit.
Pengeluar kereta nasional itu berjaya mencatatkan pegangan pasaran bulan tersebut yang dianggarkan mencapai 22.7 peratus, sekali gus meletakkannya di tempat kedua dalam carta pasaran. Syarikat turut mencatatkan peningkatan sebanyak 7.3 peratus berbanding bulan Februari 2022.
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
Secara keseluruhan, jualan kereta di Malaysia terus melonjak untuk bulan kedua berturut-turut dengan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 62,300 unit kerana industri automotif sedang mengejar tempoh pengecualian cukai jualan sebelum tarikh akhir 31 Mac.
Model sedan segmen-Bnya, Persona membuktikan daya tarikannya terhadap pesaing baharu apabila bekalan tidak terjejas oleh kekurangan komponen.
Dengan 2,313 unit terjual pada bulan Februari, model itu melepasi sasaran 2,000 unit untuk bulan ketiga berturut-turut, kali pertama ia mencapai prestasi itu sejak melakukannya selama lima bulan berturut-turut dari Jun hingga Oktober 2020.
X50 kekal sebagai peneraju pasaran SUV segmen-B dan masih menjadi SUV paling popular secara keseluruhan. Sebanyak 3,247 unit telah dijual pada bulan Februari dan jualan meningkat sebanyak 11 peratus dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Peneraju segmen ketiga ialah Exora, yang menikmati kebangkitan semula apabila jualan peneraju MPV segmen-C itu telah meningkat sebanyak 216 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun 2022.
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)
Dua lagi model Proton menduduki tempat kedua bulan lalu dalam segmen masing-masing. iaitu Saga dengan 6,345 unit. Ia turut mengekalkan kedudukannya sebagai model Proton terlaris dengan mencatatkan jualan sebanyak 11,133 unit setakat tahun ini.
Sementara itu, X70 menyamai prestasinya dari dua bulan pertama tahun 2022 dengan 981 unit diserahkan pada bulan Februari dan 1,914 unit secara keseluruhan untuk tahun ini.
Iriz pula mencatatkan prestasi terbaik sejak Ogos 2022 dengan 811 unit terjual membawa kepada peningkatan sebanyak 156 peratus untuk dua bulan pertama tahun ini.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, dalam tempoh beberapa bulan akan datang, syarikat itu juga akan membuat beberapa pengumuman untuk membentuk hala tuju syarikat untuk tahun 2023 dan seterusnya.
Tambah beliau, ini merupakan tahun yang sibuk kerana mereka mewujudkan kehadiran dalam segmen baharu, memasuki pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan melangkah ke depan dalam usaha EV mereka apabila jualan smart #1 bermula.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
KOMEN TERKINI