ARKIB

KATEGORI

Tular

Polis kesan individu rakam video tiga remaja keluar kepala dari ‘sunroof’ Toyota Alphard

Tular

Views

Polis sedang mengesan individu yang merakam video memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang membenarkan tiga remaja mengeluarkan kepala melalui ‘sunroof (bumbung lutcahaya) di Jalan Sultan Idris Shah, di Ipoh, kelmarin.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semalam, pihaknya mengesan rakaman video tular yang dimuat naik melalui kumpulan Facebook “Malaysia Automotive Shiftposting.”

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Beliau berkata, polis sedang mengesan perakam video itu bagi membantu siasatan. Katanya, pemandu MPV serta tiga remaja berkenaan yang berusia 13 dan 16 tahun sudah dikesan.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 10.40 malam kelmarin di Jalan Sultan Idris Shah. Semasa kejadian ibu remaja berkenaan berada dalam MPV terbabit yang dipandu oleh saudara mereka.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Yahaya berkata, individu yang merakam dua video itu pada masa kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Yap Siew Cheng di talian 012-9093362 untuk membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Traffic Info Crew

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply