Kos membaiki kenderaan sememangnya menjadi ‘mimpi ngeri‘ kepada pemilik kerana perlu berhabis hingga ratusan ringgit hanya untuk bayaran bagi kerosakan kecil.
Malah ada juga perkongsian di media sosial mengenai kisah pelanggan ditipu mekanik atau pemilik bengkel yang mengambil kesempatan meletakkan harga tidak masuk akal untuk kerosakan kecil atau minimum.
Berbeza dengan perkongsian seorang pemuda yang mahu dikenali sebagai Amal apabila meluahkan rasa terharu dengan kejujuran pemilik sebuah bengkel kenderaan yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur.
“Bercampur perasaan tengok mekanik kereta yang jujur buat kerja. Kawan saya datang bengkel (kerana) masalah absorber, pergi dua ke tiga bengkel suruh tukar satu set belakang.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
“Jumpa mekanik ini, (hanya) tukar ‘bush‘ harga berapa puluh ringgit sahaja, selesai. Pelanggan gembira (sebab) jimat RM700.
“Tayar kereta hampir botak, boleh guna duit tukar tayar dari tukar ‘absorber‘,” kongsinya menerusi aplikasi X.
Menurut Amal, rakannya hanya perlu membayar RM122 bagi kos penukaran empat ‘bush‘ dan dua penyekat berbanding RM700 yang diletakkan oleh bengkel terdahulu.
Walaupun rakannya berasa lega kerana tidak menjadi mangsa penipuan, namun timbul rasa bersalah apabila mengenangkan nasib mekanik yang dikenali sebagai Abang Wadie.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
“Tetapi fikir balik, mungkin mereka sanggup lepaskan jualan yang besar demi rezeki yang lebih berkat.
“Dapat bina kepercayaan orang, mungkin orang akan datang lagi jadi pelanggan tetap. Boleh jadi, ini teguran dan peringatan dari ALLAH untuk aku dalam hal cari rezeki,” ujarnya.
Sebagai penghargaan kepada pemilik bengkel berkenaan, Amal turut mempromosikan bengkel berkenaan dan berkongsi nombor telefon Abang Wadie bagi memudahkan orang ramai menghubunginya jika perlukan perkhidmatan.
“Kalau anda berada di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor dan ada masalah kereta, boleh WhatsApp pemilik bengkel.
“Pemeriksaan percuma dan kalau lepas semak ada masalah, dia akan terangkan satu persatu, berapa kos dan tak paksa baiki dengan dia,” jelasnya. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit @amalmnop
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI