ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton Edar dilantik sebagai pengimport, pengedar kenderaan smart di Malaysia dan Thailand

Berita Tempatan

Views

Proton menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) dengan smart Automobile Company (smart), untuk bekerjasama bagi memperkenalkan kenderaan tenaga baru (NEV) keluaran smart untuk pasaran ASEAN.

Menerusi perjanjian ini, Proton Edar akan dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan untuk smart di Malaysia dan Thailand, dan smart Automobile (Nanning) Sales Co. Ltd, (anak syarikat milik penuh smart Automobile) akan memainkan peranan sebagai pintu masuk untuk smart ke rantau ini.

Majlis menandatangani Memorandum Perjanjian ini diadakan secara maya dengan Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, dan Ulf Nestler, Naib Presiden Kewangan, smart Automobile yang mewakili syarikat masing-masing.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Majlis itu turut disaksikan oleh Pengerusi Proton, Datuk Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif, smart Automobiles, Tong Xiangbei dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Datuk Sri Syed Faisal Albar berkata, perjanjian dengan smart ini membolehkan pihaknya menimba pengalaman dalam penjualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV serta membina kemahiran yang diperlukan untuk menguasai sektor yang sedang berkembang pesat

Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) meramalkan bahawa lebih kurang 10 juta unit Kenderaan Tenaga Baru akan digunakan di Asia Tenggara menjelang tahun 2025.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Dengan portfolio produk NEV baharu yang akan dilancarkan dalam tahun-tahun yang akan datang, smart akan berada dalam kedudukan yang baik untuk mengambil kesempatan daripada perkembangan ini.

Tong Xiangbei. berkata, perjanjian ini akan membolehkan mereka memasuki pasaran Malaysia dan Thailand lebih awal sebagai pasangan strategik serantau.

Perjanjian dengan Proton Edar membolehkan smart membina rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia dan Thailand, dan juga sebagai pusat pengalaman jenama dan beberapa lokasi jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk kenderaan smart di pasaran tempatan.

Buat masa ini, tiada rancangan untuk bekerjasama di luar prinsip perjanjian yang disetujui.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply