ARKIB

KATEGORI

Buletin

Satu-satunya wakil dari Malaysia yang bakal berentap di Spaceport America Cup 2022 perlu sumbangan anda

Berita Tempatan

Views

Pasukan Wau Rocketry dari Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menjadi wakil tunggal Malaysia ke kejohanan Spaceport America Cup 2022.

Acara tersebut merupakan persidangan kejuruteraan roket antara kolej terbesar di dunia yang akan berlangsung di Amerika Syarikat pada bulan Jun nanti.

Wau Rocketry terdiri daripada 12 orang mahasiswa yang diketuai oleh Vanmitha Athimoolam, bersama dengan penasihat Dr Norilmi Amilia Ismail dan Dr Chang Wei Shyang dari Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa dan dibimbing oleh Julian Chee Yie Jian dan Ahmad Tamimi Ahmad Termizi.

Mereka akan bertanding dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Experimental Sounding Rocket Association, mulai 21 hingga 25 Jun di New Mexico.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Menurut Norilmi Amilia, beliau berbangga dengan berbangga dengan kemajuan pasukan meskipun mereka bermula dengan pengetahuan yang terhad dalam reka bentuk dan pembuatan roket.

Spaceport America Cup 2022 juga merupakan peluang keemasan bagi para peserta untuk menggunakan semua asas yang telah mereka pelajari dan menjadi pasukan pelajar pertama yang membina roket berkuasa tinggi,

Pasukan Wau Rocketry memerlukan bantuan anda telah memulakan kempen mengumpul dana awam bagi membolehkan seluruh pasukan berlepas ke New Mexico untuk menyertai acara tersebut.

Sasaran mereka adalah untuk mengumpul sumbangan berjumlah RM20,000 dan nama para penyumbang akan diabadikan pada roket buatan mereka nanti.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Dua kategori ditawarkan iaitu:

Kategori 1: RM1 hingga RM250

Semua nama penyumbang akan dikodkan secara digital ke dalam cip mikro dan dilampirkan bersama muatan. Penyumbang juga akan mendapat pas masuk ke Pelancaran Roket HEBAT sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka.

Kategori 2: RM250 dan ke atas

Semua nama penyumbang akan diukir pada plat logam dan diletakkan di ruang muatan, di dalam roket. Mereka juga akan mendapat pas masuk ke Pelancaran Roket HEBAT sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mereka.

Anda boleh membuat sumbangan menerusi pautan ini. Syabas anak muda, semoga berjaya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply