ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton gesa pemilik Perdana tukar inflator beg udara dengan segera

Berita Tempatan

Views

Menerusi satu kenyataan media sebentar tadi, Proton memohon kerjasama pemilik model Perdana supaya mengunjungi pusat servis secepat mungkin untuk menukar pengembung (inflator) beg udara. Hanya unit Perdana yang dikeluarkan antara tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018 yang terlibat dalam program ini.

JOM BACA >> Proton X50 – Apa yang kami tahu setakat ini

Servis baik pulih ini merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata. Semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuh raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) yang memerlukan penggantian inflator beg udara bukan kering.

Pihak Proton telah memulakan proses penggantian sejak bulan Januari 2019. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, sebanyak 6,342 kereta yang terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, penggantian telah dilakukan pada 5,625 unit atau 87.5 peratus daripada jumlah keseluruhannya.

JOM BACA >> Poster iklan acah Proton X50 mula disiar, adakah ia versi rasmi?

Tegas Proton, proses ini tidak melibatkan mana-mana model Proton yang lain kerana beg udara yang digunakan dibekalkan oleh pembekal yang berbeza. Keselamatan para pelanggan merupakan keutamaan bagi syarikat, oleh demikian, kawalan ketat telah diambil bagi memastikan tiada kemungkinan berlaku insiden yang tidak diingini.

Pertukaran inflator beg udara ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam dan percuma. Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 pula tidak perlu menukar beg udara dan untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi talian khidmat pelanggan Proton di 1-800-888-398 atau e-mel [email protected].

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring
JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports
JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply